Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie anak Irok (lahir 1 Oktober 1941) ialah seorang ahli politik Malaysia dari negeri Sarawak dan mantan presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) di Malaysia. PBDS adalah parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berikutan krisis 1983. Beliau ialah bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad dari 2004 hingga 2020.[1][2]
YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Leo Moggie PSM; SSAP (Pah); DA (Swk) | |
---|---|
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad | |
Dalam jawatan 12 April 2004 – 11 Mac 2020 | |
Didahului oleh | Ahmad Tajuddin Ali |
Digantikan oleh | Ahmad Badri Mohd Zahir |
Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Samy Vellu |
Digantikan oleh | Lim Keng Yaik |
Menteri Kerja Raya | |
Dalam jawatan 1989–1995 | |
Didahului oleh | Samy Vellu |
Digantikan oleh | Samy Vellu |
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos | |
Dalam jawatan 1978–1989 | |
Didahului oleh | V. Manickavasagam |
Digantikan oleh | Samy Vellu |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kanowit, Sarawak | |
Dalam jawatan 1978–2004 | |
Didahului oleh | Joseph Unting Umang |
Digantikan oleh | Aaron Ago Dagang |
Butiran peribadi | |
Lahir | Leo Moggie anak Irok 1 Oktober 1941 Kanowit, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak, Empayar British (kini Sarawak, Malaysia) |
Parti politik | SNAP; PBDS |
Pasangan | Puan Sri Elizabeth Moggie |
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1941 di Kanowit, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tanjung Lobang, Miri dan Sekolah St Joseph Kuching sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Latihan Perguruan Batu Lintang, Miri.
Seterusnya beliau mendapat kelulusan Sarjana dalam bidang sejarah daripada Universiti Otago pada tahun 1965 dan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Pennsylvania.
Kerjaya awal
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Sarawak dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kapit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Borneo Berhad (1973); Pengurus Besar (1974) sebelum meletakkan jawatan untuk terlibat sepenuhnya dalam bidang politik.
Politik
Kerjaya politiknya bermula apabila bertanding dan menang kawasan parlimen Kanowit, negeri Sarawak 1974 hingga 2004. Beliau bertanding atas tiket parti PBDS-Barisan Nasional. Pada tahun 1978, beliau dilantik memegang portfolio Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia. Beliau meneruskan perkhidmatannya sebagai Menteri Kabinet dibawah pimpinan Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi.
Jawatan dalam perkhidmatan
- Menteri Kabinet di Negeri Sarawak (1976-1978)
- Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978-1989)
- Menteri Kerja Raya (1989-1995)
- Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1995-1998)
- Menteri Tenaga , Komunikasi dan Multimedia (1998-2004)
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun
Selepas bersara politik
- Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari April 2004 hingga Mac 2020.[3] Kontrak beliau sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif TNB dilanjutkan selama setahun berkuat kuasa 12 Mac 2019 sehingga 11 Mac 2020.[4][5][6][7]
- Pengerusi Lembaga Pengarah untuk Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pro-Canselornya dari tahun 2004 hingga sekarang.
- Pengarah Kapar Energy Ventures Sdn Bhd dari tahun 2004 hingga sekarang.
- Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia sejak Mac 2005 hingga sekarang.
- Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan di DiGi Telecommunications Sdn Bhd sejak tahun 2005 hingga 2013.[8]
- Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Asia Plantations Limited sehingga 2014.
- Pengarah Bebas Bukan Eksekutif New Straits Times Press sehingga 2008.
Anugerah dan penghargaan
Antarabangsa
Beliau menerima Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Otago, New Zealand pada tahun 2000 dan Kehormat Doktor Sains dari Universiti Multimedia, Malaysia pada tahun 2003.
Malaysia
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.