Lentera Timur merupakan album studio ke-14 Datuk Siti Nurhaliza dan album tradisional beliau yang ke-5. Album ini memuatkan 11 buah lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 26 Disember 2008, empat tahun selepas bencana Tsunami Asia 2004. Lentera Timur yang bermaksud Cahaya Timur merupakan album studio Siti yang ketiga diterbitkan dibawah syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 10,000 unit.[2]

Fakta Segera Album studio oleh Siti Nurhaliza, Dilancarkan pada ...
Lentera Timur
Thumb
Album studio oleh
Dilancarkan pada26 Disember 2008[1]
Dirakamkan pada2006–2008
GenreKontemporari Tradisional
Panjang46:02
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Lentera Timur
(2008)
Tahajjud Cinta
(2009)
Single daripada Lentera Timur
  1. "Di Taman Teman"
    Dikeluarkan: 2008
  2. "Cinta Ini"
    Dikeluarkan: 2008
  3. "Ada Masa Mata"
    Dikeluarkan: 2008
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Proses pembikinan album bermula sejak tahun 2006, namun atas alasan kekurangan material, Siti terpaksa menangguh dahulu, namun apabila MACP telah membuat sebuah bengkel mencipta lagu, Siti dengan kerjasama MACP telah bersetuju membuat album berunsur kontemporari tradisional.

Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah M. Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairi Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara. Menerusi album ini juga, Siti kembali bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan yang menerbitkan beberapa album terakhirnya.

Latar belakang

Lentera Timur merupakan album Dato’ Siti Nurhaliza yang dipasarkan pada akhir 2008 ini yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika (2002), Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama enam tahun sejak itu.

Sembilan buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara), Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad), Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iiatu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.

Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.

Senarai runut

Maklumat lanjut No., Tajuk ...
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Di Kayangan Kita"KeonJohari Teh4.20
2."Bintang Malam"Amran OmarJohan Nawawi4.41
3."Cinta Ini"Katon BagaskaraKaton Bagaskara3.50
4."Ada Masa Mata"Ad SamadM. Nasir4.11
5."Bulan Yang Mesra"Zubir AliKhairil Johari Johar5.09
6."Seloka Budi"Azam DungunAdnan Abu Hassan3.28
7."Rasa Antara Kita"Zubir AliKhairil Johari Johar4.23
8."Senyum Minang Manis"AbotZul Mahat3.04
9."Joget Menanti Kasih"Habsah HassanS. Atan3.16
10."Jelmakanlah Ayumu"Siso KopratasaPak Ngah4.39
11."Di Taman Teman"Hairul Anuar HarunFauzi Marzuki4.48
Tutup

Maklumat tambahan

Kedudukan carta

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2008

Di Taman Teman

3 1 1 -
2009

Cinta Ini

- 10 22 -

Ada Masa Mata

- - - -
Tutup

Anugerah

Anugerah Industri Muzik

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2009[3][4] Lentera Timur Album Pop Etnik Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
"Di Kayangan Kita"Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)Tercalon
Lagu Pop Etnik Terbaik Tercalon
"Di Taman Teman"Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)Menang
Gubahan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Tercalon
Tutup

Anugerah Planet Muzik

Maklumat lanjut Tahun, Penerima/Karya tercalon ...
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2008 Lentera Timur Artis Wanita Terbaik Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.