From Wikipedia, the free encyclopedia
Lencana Serangan Infantri (Jerman: Infanterie-Sturmabzeichen atau Infantry Assault Badge ) adalah anugerah perang Jerman yang dikurniakan kepada askar-askar Waffen-SS dan Wehrmacht Heer semasa Perang Dunia II. Anugerah ini telah dizahirkan pada 20 Disember 1939 oleh Panglima Tentera Darat Jerman, Generalfeldmarschall Walther von Brauchitsch. Ia boleh dikurniakan kepada anggota unit infantri bukan motoris dan unit-unit Gebirgsjäger yang terlibat dalam serangan Infantri, dengan senjata Infantri ringan, sekurang-kurangnya tiga hari pertempuran di garisan depan bermula 1 Januari 1940. Apabila penyerangan balas membawa kepada pertempuran jarak dekat, ia juga boleh dikurniakan. Anugerah Infanterie Sturmabzeichen diluluskan pada peringkat pemerintahan rejimen atau lebih atas. Dua anugerah yang pertama telah diberikan kepada para pegawai dan lain-lain pangkat dalam satu majlis khas 28 Mei 1940, oleh Brauchitsch sendiri.[1][2]
Kelas Perak telah dizahirkan pada 20 Disember 1939 oleh Ketua OKH, Walther von Brauchitsch, telah dikurniakan kepada askar-askar infantri mengikut salah satu kriteria berikut:[3]
Kelas Gangsa telah dizahirkan pada 1 Jun 1940. Ia telah dikurniakan kepada askar infantri motoris/ mekanis mengikut kriteria berikut:
Lencana ini telah direka oleh syarikat C. E. Junker dari Berlin. Ia berbentuk bujur, berserta empat daun oak disetiap bahagian; diatas terdapat seekor helang mencengkam swastika dan di tengah terdapat sepucuk raifel melintangi lencana tersebut. Bahagian belakang lencana adalah kosong dan terdapat pin dipasang. Dengan penubuhan Ordensgesetz tahun 1957, anggota tentera Jerman dibenarkan memakai versi anugerah Jerman yang de-nazified. Juga Infanterie- Sturmabzeichen telah diperkenalkan pada tahun 1957 sebagai satu versi de-nazified dari Perak dan Gangsa, dengan tanpa Helang dan lambang Swastika.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.