Lembar ais Greenland
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lembar ais Greenland (Denmark: Grønlands indlandsiscode: da is deprecated , Templat:Lang-kl) ialah lembar ais dengan ketebalan sekitar 1.67 km (1.0 bt) purata, dan hampir 3.5 km (2.2 bt) pada titik tertebalnya.[2] Ia hampir 2,900 kilometer (1,800 bt) panjang di arah utara–selatan, dengan lebar terbesarnya 1,100 kilometer (680 bt) di latitud 77°U, berdekatan pinggir utaranya.[1] Ia meliputi 1,710,000 kilometer persegi (660,000 bt2), sekitar 80% permukaan Greenland, dan merupakan jasad ais kedua terbesar di dunia, selepas lembar ais Antartika Timur.[2] Ia kadangkala dirujuk sebagai litupan ais, atau di bawah istilah ais pedalaman, atau dalam bahasa Denmark, indlandsis. Akronim GIS atau GrIS juga selalu digunakan dalam karya ilmiah.[3][4][5][6]
Lembar ais Greenland | |
---|---|
Grønlands indlandsis Sermersuaq | |
Jenis | Lembar ais |
Koordinat | 76°42′N 41°12′W[1] |
Luas | 1,710,000 km2 (660,000 bt2)[2] |
Panjang | 2,400 km (1,500 bt)[1] |
Lebar | 1,100 km (680 bt)[1] |
Ketebalan | 1.67 km (1.0 bt) (purata), ~3.5 km (2.2 bt) (maksimum)[2] |