Lebuhraya Jerangau-Jabor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lebuhraya Jerangau–Jabor, Jalan Persekutuan 14 merupakan sebatang lebuh raya persekutuan sepanjang 179.63 km dari bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia ke Kuantan, Pahang.[3] Lebuh raya ini dibina selari dengan Jalan Persekutuan 3 - sementara jalan FT3 merupakan jalan raya pantai, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 pula melalui kawasan pedalaman. Walaupun jarak antara Kuala Terengganu ke Kuantan melalui kedua-dua jalan FT3 dan FT14 adalah lebih kurang sama (lebih kurang 200 km), Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 memendekkan masa perjalanan dengan lebih ketara kerana kurang bandar atau pekan yang dilaluinya. Justeru, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sering dijadikan laluan utama dari Pahang ke Terengganu dan sebaliknya sehinggalah siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8.[4]
Laluan Persekutuan 14 | |
---|---|
Lebuhraya Jerangau–Jabor | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 179.6 km (111.6 mi) |
Wujud | 1977[1]–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 1979[2] |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kuala Terengganu, Terengganu |
Persimpangan utama | AH18 Jalan Pintasan Kuantan AH141 Jalan Pintasan Gebeng Jalan Semambu Lebuhraya Pantai Timur Laluan Persekutuan 126 Jalan Air Putih Laluan Persekutuan 124 Jalan Ketengah Jaya Laluan Persekutuan 128 Jalan Dungun-Bukit Besi Jalan FELDA Mengkawang-Bukit Diman Laluan Persekutuan 106 Lebuhraya Bukit Payung-Telemung AH18 Laluan Persekutuan 3 |
Hujung south | Jalan Pintasan Kuantan, Kuantan Pahang |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kuala Berang Ajil Jerangau Bukit Besi Bandar Al-Muktafi Billah Shah Bandar Chenih Bahru |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |