Le Tour de Langkawi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tour de Langkawi merupakan acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang diadakan di Malaysia setiap tahun sejak tahun 1996. Nama acara itu diambil bersempena dengan nama destinasi permulaan acara iaitu Langkawi, Kedah Darul Aman. Namun begitu, terdapat beberapa edisi yg tidak mengambil tempat di Langkawi.
Empat jersi menjadi rebutan pelumba dalam perlumbaan, iaitu juara keseluruhan; raja pecut; raja bukit; dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, gelaran pasukan terbaik dan pasukan Asia terbaik diberikan sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang paling cemerlang.
Acara jelajah ini mendapat pengiktirafan kategori 2.HC daripada UCI dan merupakan sebahagian daripada Jelajah Asia UCI.