Lawak Kampus
Komik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lawak Kampus (Kuso High School bagi versi Inggeris dan Cina) merupakan karya daripada Keith (Chong Kah Hwee) dan Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan. Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan.
Lawak Kampus | |
---|---|
Maklumat penerbitan | |
Penerbit | Kumpulan Art Square (kini Kadokawa Gempak Starz) Komik Fatdream 2011-Sekarang Majalah: Gempak (sehingga 2020) |
Format |
|
Tarikh penerbitan | 2003-kini |
Bil. isu | 43 |
Watak utama | Vanness dan Froggy (watak utama) |
Pasukan kreatif | |
Karya |
|
Pewarna | Siew |
Editor |
|
Sehingga Disember 2021, Lawak Kampus mempunyai 42 jilid komik grafik dalam Bahasa Malaysia dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Cina dan Inggeris dan yang terbaru, Bahasa Thai. Selain daripada versi Bahasa Melayu, terdapat juga kembar komik ini, iaitu Kuso High School yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina.
Pada tahun 2011, Keith telah menghasilkan satu buku kompilasi Lawak Kampus iaitu Lawak Kampus - Kompilasi Mantap. Pada tahun 2017, Lawak Kampus telah mencapai tahun yang ke-15 dalam industri komik. Pada tahun 2002, jilid sulung dikeluarkan bersama Zelo dengan menggunakan format hitam putih. Bermula pada bulan Jun 2010, Keith mengupah Siew untuk mewarnakan semua komiknya bermula dengan jilid MOVE ON.
Pada tahun 2020, ketika Malaysia dan satu dunia berhadapan dengan wabak COVID-19, penerbit dan pengkarya komik ini juga terkesan. Walau bagaimanapun, atas usaha keras mereka menjayakan penghasilan komik ini biarpun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020. Hasilnya, Lawak Kampus jilid ke-37 diterbitkan pada Jun 2020 yang mengisahkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 dan jilid ke-38 pada September 2020 yang mengisahkan permainan video yang menjadi kegilaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 dilaksanakan.