From Wikipedia, the free encyclopedia
Laut lintang (juga dirujuk sebagai laut silang, ombak lintang atau ombak petak[lower-alpha 1]) ialah keadaan laut dengan ombak lautan janaan angin yang membentuk sistem ombak yang tidak selari. Lautan silang mempunyai jumlah penyebaran arah yang meluas.[1] Hal ini mungkin berlaku apabila gelombang air dari satu sistem cuaca kekal berterusan walaupun berlaku peralihan angin. Gelombang yang dihasilkan oleh angin baru bergerak pada sudut yang berbeza berbanding ombak biasa.
Dua sistem cuaca yang berjauhan antara satu sama lain boleh mewujudkan lautan lintang apabila ombak dari kedua-dua sistem tersebut bertemu di tempat yang jauh dari kedua-dua sistem cuaca. Sehingga ombak yang terdahulu menghilang, ombak ini boleh menimbulkan bahaya di perairan laut.[2]
Keadaan laut ini agak biasa dan peratusan besar kemalangan kapal didapati berlaku dalam keadaan ini.[3] Kapal bergerak dengan lebih baik melawan ombak besar apabila belayar secara berserenjang dengan ombak yang datang. Dalam keadaan laut lintang, hal tersebut menjadi mustahil kerana walaupun arah pelayaran ke arah satu set gelombang itu berserenjang, namun arah pelayaran tersebut menjadi selari dengan set gelombang yang kedua itu.[4]
Alunan silang dijana apabila sistem gelombang tersebut merupakan gelombang bertempoh lebih lama, dan bukannya gelombang janaan angin berjangka pendek.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.