Laut Sargasso
laut / From Wikipedia, the free encyclopedia
Laut Sargasso (bahasa Inggeris: Sargasso Seacode: en is deprecated , Sepanyol: Mar de los Sargazoscode: es is deprecated ) ialah sebuah kawasan gir di tengah-tengah Lautan Atlantik Utara. Kawasan ini tidak disempadani sebarang daratan[1][2][3] sebaliknya dibatasi Arus Gulf di sebelah barat; Arus Atlantik Utara di sebelah utara; Arus Canaria di belah timur; dan Arus Khatulistiwa Atlantik Utara di belah selatan. Sistem arus lautan ini membentuk Gir Atlantik Utara. Kesemua arus ini memendapkan tumbuhan laut dan enggan membawa ke dalam laut ini.
Laut ini dinamakan sempena rumpai laut jenis Sargassum yang dijumpai para pelaut Portugis yang menjelajah dari Kepulauan Azores pada abad ke-15.[4]
Laut Sargasso adalah seluas 1,100 km dan sepanjang 3,200 km (seluas 700 batu statut dan sepanjang 2,000 batu statut). Laut ini menganjur dari kira-kira barat 70 darjah ke barat 40 darjah, dan dari utara 20 darjah ke utara 35 darjah. Bermuda adalah dekat dengan pinggir barat laut ini. Air lautan di Laut Sargasso adalah distingtif kerana warna biru dalamnya dan kejelasannya yang luar biasa, dengan kebolehlihatan bawah air sehingga 200 kaki (61 m).[5]