Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira Cristiano Ronaldo, terdahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Madeira, (IATA: FNC, ICAO: LPMA) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Santa Cruz, Madeira, Portugal.

Fakta Segera Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira Cristiano Ronaldo Aeroporto Internacional da Madeira Cristiano Ronaldo, Rumusan ...
Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira Cristiano Ronaldo

Aeroporto Internacional da Madeira Cristiano Ronaldo
Thumb
Rumusan
LokasiSanta Cruz, Madeira, Portugal
Ketinggian AMSL216.71 m / 710.99 kaki
KoordinatLatitud N32* 41.6500', Longitud W16* 46.6833'
Tutup

Lapangan Terbang Madeira Cristiano Ronaldo terletak pada kedudukan Latitud N32* 41.6500', Longitud W16* 46.6833' pada ketinggian 216.71 meter dari aras laut.

Lapangan terbang tersebut telah dinamakan sempena dengan nama pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai tanda penghormatan pada 29 Mac 2017.[1]

Kemalangan dan insiden

  • Pada 5 Mac 1973, Aviaco Sud Caravelle 10R (Pendaftaran EC-BID) terhempas ke dalam laut semasa pendekatan pendaratan, kehilangan pesawat dan tiga anak kapal.[2]
  • Pada 19 November 1977, Penerbangan Portugal TAP TP425, Boeing 727-200 (Pendaftaran CS-TBR) dalam perjalanan dari Brussels ke Madeira melalui Lisbon. Pesawat itu kemudian melanggar jambatan batu dan sayap kanan patah, dan kemudian terhempas ke pantai. Kebakaran berlaku pada pesawat tersebut. 131 penumpang kehilangan nyawa mereka daripada 164 penumpang.[3]
  • Pada 18 Disember 1977, SA de Transport Aérien Penerbangan 730, sebuah Sud Caravelle 10R (pendaftaran HB-ICK) telah dibersihkan untuk pendekatan di landasan 06 (kini landasan 05), tetapi turun di bawah 720 kaki (220 m) menyebabkan pesawat terhempas ke dalam laut. 36 penumpang meninggal dunia daripada 57 penumpang.[4]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.