Lapangan Terbang Gold Coast
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lapangan Terbang Gold Coast (rasminya dikenali sebagai Lapangan Terbang Coolangatta) (IATA: OOL, ICAO: YBCG) ialah lapangan terbang antarabangsa Australia yang terletak di hujung selatan Gold Coast dan kira-kira 90 km (56 bt) selatan pusat Brisbane, dekat South East Queensland agglomeration. Pintu masuk lapangan terbang ini terletak di penempatan Bilinga berdekatan Coolangatta. Landasan lapangan terbang ini menghala sempadan ke Queensland dan New South Wales. Sewaktu musim panas, kedua-dua negara ini mempunyai zon waktu berbeza. Lapangan Terbang Gold Coast beroperasi mengikut Waktu Queensland setiap tahun ( AEST / UTC+10).
Lapangan Terbang Gold Coast | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||||||
Pemilik/Pengendali | Queensland Airports Limited | ||||||||||||||
Destinasi | Gold Coast, Queensland Tweed Heads, New South Wales | ||||||||||||||
Lokasi | Bilinga, Queensland | ||||||||||||||
Hab untuk | Jetstar Airways | ||||||||||||||
Bandar tumpuan untuk | Virgin Australia | ||||||||||||||
Ketinggian AMSL | 21 kaki / 6 m | ||||||||||||||
Koordinat | 28°09′54″S 153°30′22″E | ||||||||||||||
Laman sesawang | www | ||||||||||||||
Peta | |||||||||||||||
Landasan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Statistik (2016/17) | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lapangan Terbang Gold Coast Statistik[3] | |
---|---|
Tahun | Jumlah penumpang |
2001–02 | 1,736,004 |
2002–03 | 2,177,602 |
2003–04 | 2,504,001 |
2004–05 | 3,141,771 |
2005–06 | 3,515,021 |
2006–07 | 3,777,856 |
2007–08 | 4,323,355 |
2008–09 | 4,618,200 |
2009–10 | 5,186,147 |
2010–11 | 5,486,072 |
2011–12 | 5,315,923 |
2012–13 | 5,795,449 |
2013–14 | 5,746,566 |
2014-15 | 5,865,437 |
2015-16 | 6,303,920 |
Pada 2015–16, Lapangan Terbang Gold Coast mencapai 6 juta penumpang. Ia merupakan lapangan terbang ke-6 tersibuk di Australia, dan tersibuk di luar ibu kota dari segi jumlah penumpang, serta ke-8 paling sibuk dari segi pergerakan pesawat.[2] Ia merupakan lapangan terbang ke-3 yang paling rancak membangun.[4]
Penerbangan | Destinasi |
---|---|
AirAsia X | Auckland (berakhir 11 Februari 2019),[5] Kuala Lumpur |
Air New Zealand | Auckland, Christchurch |
Airnorth | Bermusim: Darwin, Townsville (kedua-duanya bermula 3 April 2019)[6] |
Jetstar Airways | Adelaide, Auckland, Avalon, Cairns, Christchurch, Melbourne, Newcastle, Perth,[7] Queenstown, Sydney, Tokyo-Narita, Wellington |
Qantas | Melbourne, Sydney |
QantasLink | Melbourne, Sydney |
Scoot | Singapura |
Tigerair Australia | Hobart,[8] Melbourne, Sydney[9] |
Virgin Australia | Adelaide, Auckland, Canberra, Melbourne, Sydney Bermusim: Perth[10] |
Berikut adalah pesawat kargo yang dijadualkan beroperasi dari Lapangan Terbang Gold Coast. Semua perkhidmatan kargo adalah dari Freight Terminal (Terminal Kargo).
Penerbangan | Destinasi |
---|---|
Toll Priority | Ballina, Bankstown, Brisbane, Coffs Harbour |
Qantas Freight menggunakan ruang kargo pesawat Jetstar untuk membawa kargo secara domestik. Ia juga dikontrakkan untuk penerbangan antarabangsa Jetstar dan penerbangan Airw Zealand dari lapangan terbang. Ia turut menawarkan servis sama bagi pagi/malam dan servis standby secara domestik dari lapangan terbang ke lapangan terbang ke rumah dari Lapangan Terbang Gold Coast.[11]
Coast Cargo adalah Cargo Terminal Operator (CTO) berdaftar dan menguruskan AirAsia X dan penerbangan Virgin Australia. Ia juga merupakan ejen bagi Toll Air Express.[12]
Kedudukan | Lapangan Terbang | Penumpang | % Perubahan |
---|---|---|---|
1 | New Zealand, Auckland | 363,483 | ▲ 27.0 |
2 | Malaysia, Kuala Lumpur Antarabangsa | 202,841 | ▲ 23.3 |
3 | Japan, Tokyo-Narita | 129,977 | ▼ 14.5 |
4 | Singapore, Singapura | 121,229 | ▼ 7.5 |
5 | New Zealand, Christchurch | 84,749 | ▲ 0.9 |
6 | New Zealand, Wellington | 45,375 | ▲ 3.9 |
7 | New Zealand, Queenstown | 43,447 | ▲ 11.7 |
Pada Mac 1949, sebuah pesawat Lockheed Lodestar mengalami airborne di lapangan terbang kecil Bilinga bagi penerbangan ke Archerfield Airport. Sebelum mencapai ketinggian 500 ka (150 m) ia gagal dikawal lalu terbabas. Kesemua 21 penumpang maut dalam perlanggaran atau kebakaran pesawat. Ia merupakan antara kemalangan melibatkan orang awam paling teruk dalam sejarah penerbangan.[15][16]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.