Laluan 3 (Metro Montreal)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan 3 atau juga dikenali sebagai Laluan Merah (Perancis: Ligne rouge) ialah laluan kereta api yang dicadangkan untuk Metro Montreal, di mana ia tidak berjaya melepasi peringkat perancangan. Laluan ini dirancang untuk dibangunkan di landasan milik Syarikat Kereta Api Kebangsaan Kanada (CN) dan Terowong Gunung Royal yang berada di bawah Gunung Royal (Mont-Royal).[1] Kini, landasan itu digunakan oleh laluan kereta api komuter Deux-Montagnes, yang membentuk seksyen tengah bagi Rangkaian Elektrik Metropolitan (Réseau électrique métropolitain)
Laluan 3 / Laluan Merah لالوان 3 / لالوان ميره | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | Ligne 3 Ligne rouge |
Jenis | Alihan laju |
Sistem | Metro Montreal |
Status | Dibatalkan |
Lokasi | Montreal Quebec Kanada |
Stesen | 9 |
Nombor laluan | 3 |
Operasi | |
Dirancang dibuka | 1980-an |
Teknikal | |
Tolok landasan | 1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai) |
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan |
Laluan ini dibatalkan kerana penggunaan roda keluli pada kereta api untuk laluan 3 dan bukannya roda getah seperti di laluan-laluan lain. Ini disebabkan kebanyakan bahagian laluan ini berada di luar. Antara sebab lain pembatalan laluan ini adalah kerana Ekspo 67, yang menjadikan laluan Kuning lebih penting untuk dibangunkan.