From Wikipedia, the free encyclopedia
Lalat atau Musca (Mus) ialah sebuah buruj kecil di langit lepas selatan. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dicipta oleh Petrus Plancius daripada pencerapan oleh Pieter Dirkszoon Keyser dan Frederick de Houtman dan pertama kali muncul pada glob samawi bergaris tengah 35 cm (14 in) yang diterbitkan pada 1597 (atau 1958) di Amsterdam oleh Plancius dan Jodocus Hondius. Gambaran pertama buruj ini dalam atlas samawi adalah dalam Uranometria oleh Johann Bayer pada 1603. Buruj ini juga dikenali sebagai Lebah atau Apis selama dua ratus tahun atau juga Lalat Selatan atau Musca Australis. Musca kekal di bawah ufuk bagi kebanyakan pencerap dari Hemisfera Utara.
Musca | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Musca |
Singkatan | Mus |
Genitif | Muscae |
Sebutan |
|
Simbolisme | Lalat |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
11j 19.3m hingga 13j 51.1m[1] | |
Keserongan | −64.64° hingga −75.68°[1] |
Sukuan | SQ3 |
Keluarga | Bayer |
Keluasan | 138 darjah persegi (ke-77) |
Bintang | |
Bintang utama | 6 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 13 |
Bintang dengan planet | 3 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 1 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 1 |
Bintang paling terang | α Mus (2.69m) |
Bintang terhampir | LP 145-141 (15.07 tc, 4.62 pc) |
Objek | |
Objek Messier | Tiada |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +10° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mei. | |
sunting |
Banyak bintang cerah buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Ini termasuk Alpha, Beta, Gamma, Zeta2 dan (mungkin sekali) Eta Muscae, serta HD 100546, sebuah Bintang Ae/Be Herbig biru-putih yang dikelilingi oleh sebuah cakera puing kompleks yang mengandungi sebuah planet atau kerdil perang dan protoplanet mungkin. Dua sistem bintang lanjut telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi dua buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar. Theta Muscae ialah satu sistem bintang kembar tiga, yang anggota tercerahnya ialah bintang Wolf–Rayet.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.