Lagu paus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lagu paus adalah bunyi yang dihasilkan oleh paus sekawan untuk berhubung sesamanya. Hal ini khususnya bagi menggambarkan pola bunyi yang berkala dan boleh diramal yang dihasilkan oleh sesetengah spesies paus (terutamanya paus kelasa) dalam cara yang menyerupai nyanyian manusia.
Mekanisma yang digunakan bagi menghasilkan bunyi berbeza daripada satu keluarga setasea dengan yang lain. Mamalia laut, seperti paus, lumba-lumba, dan porpois, lebih bergantung kepada bunyi bagi perhubungan dan rasa berbanding mamalia darat kerana deria lain kurang berkesan dalam air. Penglihatan adalah terhad bagi mamalia laut disebabkan cara air menyerap cahaya. Bau juga terhad, kerana molekul tersebar lebih perlahan dalam air berbanding di udara, yang menjadikan bau kurang berkesan. Tambahan lagi kelajuan bunyi dalam air adalah sekitar empat kali ganda berbanding atmosphere pada aras laut. Disebabkan mamalia laut begitu bergantung kepada pendengaran untuk perhubungan dan mencari makan, ahli pemeliharaan alam sekitar dan pakar setologi berasa bimbang bahawa mereka terjejas oleh peningkatan bunyi sekeliling dalam lautan di dunia yang berpunca daripada kapal dan penjelajahan muka bumi laut.