Lafazkan Kalimah Cintamu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai siri drama televisyen. Untuk novel asal 2010 di mana drama ini diadaptasi, sila lihat Lafazkan Kalimah Cintamu (novel).
Lafazkan Kalimah Cintamu merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2018 disiarkan di Astro Ria dari 15 Januari hingga 8 Mac 2018,[1] diadaptasi dari novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah Semail yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[2] Ia mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan. Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Tengku Ryan dan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah.[3]
Fakta Segera Lafazkan Kalimah Cintamu, Genre ...
Lafazkan Kalimah Cintamu | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, konflik, keluarga |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Siti Rosmizah |
Ditulis oleh | PGR'S Team Rozie Rashid Ainaa Hanez |
Pengarah | Along Kamaludin |
Dibintangi oleh | Nelydia Senrose Farid Kamil Nadiyah Shahab Azri Iskandar |
Lagu pembukaan | "Kesilapan Keegoanmu -Siti Nurhaliza |
Lagu penutup | "Kesilapan Keegoanmu -Siti Nurhaliza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 32 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Siti Rosmizah Semail Mazelan Zainol Abidin |
Penyunting | Min Johari NJohari |
Sinematografi | Abdul Malek Marwi |
Tempoh siaran | 48 minit |
Syarikat penerbitan | SR One |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 15 Januari 2018 – 8 Mac 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | My Coffee Prince |
Diikuti oleh | Tak Ada Cinta Sepertimu |
Tutup