Labu merangkumi buah bagi beberapa spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Cucurbitaceae, khususnya Cucurbita dan Lagenaria. Istilah ini merujuk pada sebilangan spesies dan subspesies, yang kebanyakannya bercangkang keras dan sesetengahnya pula tiada. Salah satu jenis tumbuhan domestik terawal iaitu subspesies labu air, Lagenaria siceraria, telah ditemukan di tapak arkeologi bertarikh dari seawal 13,000 SM. Labu mempunyai banyak kegunaan sepanjang sejarah, termasuk sebagai peralatan, alat muzik, barang kesenian, wayang, dan makanan.

Thumb
Labu dalam pasar di Massachusetts

Peristilahan

Thumb
Labu Cucurbita pepo ditanam di kebun subbandar di Australia

Labu kadangkala dipakai untuk menggambarkan tanaman dalam keluarga Cucurbitaceae, macam labu manis, skuasy, timun, petola, dan tembikai.[1] Lebih khusus pula, labu merujuk pada buah bagi tumbuhan dalam dua genus Cucurbitaceae, Lagenaria dan Cucurbita,[2][3] ataupun pada cangkerang keringnya yang lohong.

Terdapat banyak jenis labu di seluruh dunia. Tumbuhan julung yang dirujuk sebagai labu ini merangkumi beberapa spesies daripada genus Cucurbita (kebanyakannya tempatan di Amerika Utara, termasuk labu Malabar dan labu serban), Crescentia cujete (labu kayu atau tabu kayu, tempatan dari tropika Amerika) dan Lagenaria siceraria (labu air, dikatakan berasal dari Afrika namun berada di seluruh dunia).[4][5]:21 Tumbuhan lain dengan nama labu termasuklah labu siam dan labu kundur.[6]

Sejarah

L. siceraria atau labu air ini tempatan dari Amerika, dijumpai di tapak arkeologi Peru bertarikh dari 13,000 ke 11,000 SM dan tapak Thailand dari 11,000 ke 6,000 SM.[4] Kajian tentang DNA labu air yang diterbitkan pada 2005 mencadangkan yang terdapat dua subspesies berlainan bagi labu air, didomestikkan secara bebas di Afrika dan Asia, yang kedua itu lebih kurang 4,000 tahun lebih awal. Labu yang dijumpai di Amerika tampaknya datang daripada subspesies Asia yang sangat awal dalam sejarah, sungguhpun kajian yang baru sekarang menunjuk pada Afrika.[7] Rekod arkeologi dan DNA menunjukkan kemungkinan besar labu adalah antara spesies pertama yang didomestikkan, di Asia antara 12,000 dan 13,000 tahun sebelum sekarang, dan kemungkinan spesies tumbuhan pertama yang didomestikkan.[8]

Labu terus digunakan sepanjang sejarah hampir dalam setiap budaya di seluruh dunia. Perhubungan Eropah di Amerika Utara menemukan penggunaan labu yang meluas, termasuk penggunaan labu air sebagai rumah burung untuk memikat si martin ungu, yang menyediakan kawalan kumbang untuk agrikultur. Hampir setiap budaya pula mempunyai alat muzik yang diperbuat daripada labu, termasuk gendang, alat tali yang umum di Afrika dan alat tiup, termasuk seruling hidung dari Pasifik.[5]:23

Penggunaan

Budaya dari wilayah kontang ini kerap dikaitkan dengan air, dan ia muncul dalam banyak dongeng penciptaan. Sejak awal sejarahnya lagi, ia mempunyai banyak kegunaan, termasuk makanan, perkakas dapur, mainan, alat muzik dan perhiasan.[4] Hari ini, labu sering dipakai untuk pelbagai ketukangan yang luas, termasuk barang kemas, perabot, hidangan, perkakas dan pelbagai perhiasan yang luas melalui pengukiran, pembakaran dan teknik-teknik lain.[9]

Labu turut dipakai dalam alat muzik. Sebagai contoh, balafon, sebuah alat genderang Afrika Barat, adalah xilofon yang mempunyai labu yang disambungkan ke dasar setiap not untuk gemanya.[10]

Lihat juga

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.