La Palma
From Wikipedia, the free encyclopedia
La Palma atau juga San Miguel de La Palma adalah pulau paling utara dalam gugusan Kepulauan Canaria milik Sepanyol di Lautan Atlantik. Pulau ini kelima terbesar dalam kepulauan ini dengan keluasan 708 kilometer persegi. Kependudukan pada akhir tahun 2020 adalah 85,840 orang[2] tertumpu kepada dua petempatan iaitu Santa Cruz de La Palma diduduki 15,716 orang dan Los Llanos de Aridane diduduki sekitar 20,467 orang.
Geografi | |
---|---|
Lokasi | Lautan Atlantik |
Koordinat | 28°40′N 17°52′W |
Kepulauan | Kepulauan Canaria |
Luas | 708.32 km2 (273.48 bt2)[1] |
Garis pantai | 166 km (103.1 mi)[1] |
Aras tertinggi | 2,423 org m (Ralat ungkapan: Perkataan "org" tidak dikenali ft)[1] |
Puncak tertinggi | Roque de los Muchachos |
Pentadbiran | |
Spain | |
Autonomous Community | Kepulauan Canaria |
Province | Santa Cruz de Tenerife |
Ibu negara city | Santa Cruz de La Palma |
Penempatan terbesar | Los Llanos de Aridane (pop. 20,467 org (2019)) |
Demografi | |
Demonim | palmero/acode: es is deprecated |
Populasi | 85,840 org (2020)[2] |
Pop. density | 116.7 /km2 (302.3 /sq mi) |
Bahasa | Bahasa Sepanyol |
Kumpulan etnik | Orang Sepanyol paling utama |
Maklumat tambahan | |
Zon waktu | |
• Musim Panas (DST) |
Pulau ini terbentuk hasil letusan gunung berapi sepertimana pulau-pulau lain gugusan ini, bahkan ia selain pulau Tenerife antara yang paling aktif[3] di mana gunung berapi utama dalamnya menambahkan ketinggian pulau 7 kilometer setahun dari dasar Lautan Atlantik.[4] Gunung tertinggi di pulau ini adalah Roque de los Muchachos dengan ketinggian 2,423 meter yang menjadi tumpuan pembinaan seberapa balai cerap dapat memerhatikan peredaran bintang-bintang di langit angkasa dengan jelas.