LGBT dalam Islam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Layanan terhadap orang-orang lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) dan pengalaman mereka di dunia Islam telah dipengaruhi oleh sejarah keagamaan, perundangan, sosial, politik, dan budaya.
Al-Quran menceritakan kisah "kaum Nabi Lut a.s." yang dimusnahkan oleh kemurkaan Tuhan kerana penglibatan mereka dalam perbuatan nafsu berahi sesama lelaki.[1][2][3][4] Tidak disebut sekali pun dalam Al-Quran bahawa pelaku homoseksual boleh dihukum mati,[5].<Sabda Nabi SAW:
مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
Hadith riwayat Ibn Abbas : “Sesiapa sahaja yang engkau dapati mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”.
(Riwayat Ahmad, no. 1875) name="Islamic Homosexualities">Murray, Stephen O.; Roscoe, Will, penyunting (1997). "Conclusion". Islamic Homosexualities: Culture, History, and Literature. New York and London: NYU Press. m/s. 307–310. doi:10.18574/9780814761083-022. ISBN 9780814774687. JSTOR j.ctt9qfmm4. OCLC 35526232.</ref> Ada beberapa koleksi hadis yang mengutuk perbuatan homoseksual dan transgender,[1][6][7][8] menetapkan hukuman mati bagi kedua-dua pemberi dan penerima tindakan seksual sesama lelaki.[9]
Tidak banyak bukti terdapatnya amalan homoseksual dalam masyarakat Islam untuk abad pertama dan setengah dari sejarah awal Islam,[10] namun hubungan homoseksual lelaki adalah diketahui[11] dan dijadikan bahan persendaan, tetapi bukannya tidak disenangi, di bumi Arab.[12] Tema-tema homoerotik dan pederastik disemai dalam pelbagai jenis sastera lain yang ditulis dalam bahasa-bahasa utama dunia Islam dari abad ke-8 hingga era moden.[12][10][13][14] Konsep homoseksual yang terdapat dalam pustaka Islam klasik lebih menyerupai tradisi zaman kuno Yunani-Rom daripada pemahaman moden mengenai orientasi seksual.[12][10][15]
Perbuatan homoseksual adalah dilarang dalam perundangan Islam tradisional dan boleh dikenakan pelbagai hukuman bergantung pada keadaan dan mazhab, termasuklah hukuman mati.[16] Walau bagaimanapun, hubungan homoseksual secara umum ditoleransi dalam masyarakat Islam pra-moden,[17][18][16][19] malah catatan sejarah menunjukkan bahawa hukum-hukum ini jarang dikenakan, terutamanya dalam kes rogol atau "pencabulan moral umum yang keterlaluan dan menonjol."[16] Sikap masyarakat terhadap homoseksual di dunia Muslim mengalami perubahan negatif yang ketara bermula dari abad ke-19 melalui penyebaran gerakan fundamentalis Islam secara beransur-ansur seperti Salafi dan Wahabi,[20][21][22] serta pengaruh tanggapan seksual dan batasan norma-norma yang lazim di Eropah pada zaman itu: sejumlah negara dengan majoriti Muslim telah mempertahankan hukuman jenayah untuk tindakan homoseksual yang diberlakukan di bawah pemerintahan kolonial Eropah.[23][24][25][26]
Sejak kebelakangan ini, prasangka melampau, diskriminasi, dan keganasan terhadap orang-orang LGBT berlanjutan, baik oleh masyarakat mahupun undang-undang, di sebahagian besar dunia Islam, diburukkan lagi oleh sikap masyarakat yang semakin konservatif dan kebangkitan gerakan Islamis.[27][28] Di Afghanistan, Brunei, Iran, Mauritania, Nigeria, Arab Saudi, sebahagian Somalia,[29] Sudan, Emiriah Arab Bersatu, dan Yaman, aktiviti homoseksual boleh dikenakan hukuman mati atau hukuman penjara.[30][31][32][33][34][35] Di negara-negara lain seperti Algeria, Bangladesh, Chad,[36] Malaysia, Maldives, Pakistan, Qatar, Somalia, dan Syria, hubungan homoseksual tidak sah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.[37][38][39][40][41][42] Hubungan seks sama jenis dibenarkan di Albania, Azerbaijan, Bahrain, Bosnia dan Herzegovina, Burkina Faso, Djibouti, Guinea-Bissau, Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kosovo, Kyrgyzstan, Lubnan,[note 1] Mali, Niger, Tajikistan, Turki, di Indonesia[note 2] ,Tebing Barat (Palestin), dan Cyprus Utara.[45][46][47][48] Hubungan homoseksual dibenarkan antara wanita tetapi dilarang antara lelaki di Kuwait, Turkmenistan, dan Uzbekistan.[49][50][51][52]
Kebanyakan negara majoriti Muslim serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menentang tindakan-tindakan untuk memajukan hak LGBT di PBB, menerusi Perhimpunan Agung mahupun UNHRC. Pada bulan Mei 2016, sekumpulan 51 negara majoriti Muslim menyekat 11 organisasi gay dan transgender daripada menghadiri Mesyuarat Tahap Tinggi 2016 untuk Menamatkan AIDS.[53][54][55][56] Walau bagaimanapun, Albania dan Sierra Leone telah menandatangani Deklarasi PBB yang menyokong hak LGBT.[57][58] Undang-undang anti-diskriminasi LGBT telah digubal di Albania, Kosovo, dan Cyprus Utara.[59] Terdapat juga beberapa organisasi untuk Muslim LGBT yang menyokong hak LGBT, dan juga lain-lain yang mencuba terapi penukaran.[60]