Kylian Mbappé
Pemain bola sepak Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Perancis / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kylian Mbappé Lottin (lahir Januari 20 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang akan bermain sebagai posisi penyerang untuk kelab La Liga, Real Madrid CF dan mengetuai pasukan kebangsaan Perancis. Beliau dianggap sebagai salah satu pemain terbaik di dunia dan terkenal dengan kemasan klinikal, menggelecek, kekuatan, dan kepantasan.[4][5]
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Kylian Mbappé Lottin[1] | |||||||||||||||
Tarikh lahir | (1998-01-20) 20 Januari 1998 (umur 26)[2] | |||||||||||||||
Tempat lahir | Paris, Perancis | |||||||||||||||
Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 in)[3] | |||||||||||||||
Posisi permainan | Penyerang | |||||||||||||||
Maklumat kelab | ||||||||||||||||
Kelab terkini | Real Madrid | |||||||||||||||
Nombor | 9 | |||||||||||||||
Kerjaya remaja | ||||||||||||||||
2004–2013 | AS Bondy | |||||||||||||||
2013–2015 | Monaco | |||||||||||||||
Kerjaya Senior* | ||||||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | |||||||||||||
2015–2016 | Monaco B | 12 | (4) | |||||||||||||
2015–2018 | Monaco | 41 | (16) | |||||||||||||
2017–2018 | Arsenal | 27 | (13) | |||||||||||||
2018–2023 | Paris Saint-Germain | 153 | (142) | |||||||||||||
2024 | Real Madrid | |||||||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | ||||||||||||||||
2014 | Perancis B17 | 2 | (0) | |||||||||||||
2016 | Perancis B19 | 11 | (7) | |||||||||||||
2017– | Perancis | 71 | (40) | |||||||||||||
Pengalaman
| ||||||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2023 (UTC) |
Pada tahun 2015, Mbappé memulakan karier seniornya bersama kelab Ligue 1 iaitu Monaco, di mana beliau membuat penampilan profesionalnya ketika berusia 16 tahun. Beliau juga memenangi gelaran Ligue 1 sebagai Pemain Muda Terbaik Ligue 1 dan dinobatkan anugerah Golden Boy. Pada tahun 2017, beliau menandatangani kontrak bersama kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dengan status sebagai pemain pinjaman. Pada tahun berikutnya, Mbappé dijadikan pemain kekal dengan pindahan bernilai €180 juta dan sekaligus menjadikannya pemain kedua termahal di dunia, serta pemain remaja termahal yang pernah ada.
Di peringkat antarabangsa, Mbappé membuat penampilan seniornya untuk Perancis ketika berusia 18 tahun. Mbappé menjadi pemain Perancis termuda yang menjaringkan gol di Piala Dunia, serta menjadi remaja kedua, selepas Pelé, yang menjaringkan gol di perlawanan akhir Piala Dunia. Beliau juga berjaya menjadi pencetak gol kedua tertinggi ketika Perancis memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018. Dalam kejohanan tersebut, beliua dinobatkan anugerah Pemain Muda Terbaik dan Pemain Terbaik Perancis untuk persembahannya.