![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/75/Sunway_Tower.jpg/640px-Sunway_Tower.jpg&w=640&q=50)
Kumpulan Sunway
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan Sunway (Bahasa Cina: 双威集团code: zh is deprecated ) (MYX: 5211) atau Sunway Berhad ialah sebuah syarikat konglomerat Malaysia. Ia telah ditubuhkan berikutan penggabungan antara Sunway City Berhad (SunCity) dan Sunway Holdings Berhad pada 23 Ogos 2011.[1]
![]() | |
![]() Ibu pejabat Kumpulan Sunway di Menara Sunway di Bandar Sunway. | |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
---|---|
Industri | Hartanah, Pembinaan, Hospitaliti, Peruncitan, Istirahat, Komersial, Pengilangan, Bahan bangunan, Kuari, Kesihatan, Pendidikan dan Pelaburan |
Ditubuhkan | 1974; 50 tahun yang lalu (1974) |
Pengasas | jeffrey cheah ![]() |
Ibu pejabat | Bandar Sunway, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Jeffrey Cheah (Pengasas dan Pengerusi) Idris Jala (Pengerusi Bersama) Razman M Hashim (Timbalan Pengerusi) Chee Kin Chew (Presiden) Ramon Navaratnam (Penasihat Korporat) |
Hasil | 4 bilion MYR 2013 (▲ 9.13%) |
Bilangan kakitangan | 13,001 |
Tapak web | www.sunway.com.my |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sunway Holdings Incorporated Berhad memulakan operasi pada tahun 1986, terutamanya untuk membangunkan perbandaran Bandar Sunway di Petaling Jaya. Ia telah disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 16 Februari 1984. Sunway City Berhad di sisi lain, telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan terlibat dalam pelaburan dan pembangunan kediaman, hartanah komersial, runcit, riadah, dan penjagaan kesihatan terutamanya di Asia dan Australia.
Kumpulan Sunway diketuai oleh pengasasnya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah. Beliau merupakan Pengerusi semasa dan menganggotai lembaga Persekutuan Syarikat-syarikat Tersenarai Awam, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Hepar Malaysia dan Majlis Perniagaan Malaysia.
Berikutan kejayaan perbandaran Sunway Resort City, Kumpulan ini dipelbagaikan kepada pelaburan hartanah, riadah dan hiburan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan. Hari ini Sunway mengekalkan pembangunan hartanah dan pembinaan dua perniagaan teras dan penyumbang utama kepada keuntungan.