![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/62/Low-carbon-share-energy.svg/langms-640px-Low-carbon-share-energy.svg.png&w=640&q=50)
Kuasa rendah karbon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Tenaga lestari Kuasa rendah karbon datang daripada proses atau tekonologi yang mengeluarkan kuasa dengan jumlah pelepasan karbon dioksida yang lebih rendah daripada dikeluarkan daripada penjanaan kuasa bahan api fosil yang lazim. Ia termasuk sumber janaan kuasa rendah karbon seperti kuasa angin, kuasa suria, hidrokuasa dan kuasa nuklear.[1][2] Istilah ini sebahagian besar mengecualikan sumber loji bahan api fosil yang lazim, dan hanya digunakan untuk menghuraikan subset sistem kuasa bahan api fosil pengendalian yang tertentu, terutamanya, yang berjaya disertai dengan sistem penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) gas serombong.[3] Secara sejagat, 35% penjanaan elektrik datang daripada sumber rendah karbon.[4] Setakat tahun 2018, sumber tenaga rendah karbon terbesar secara sejagat ialah hidrokuasa dan kuasa nuklear, dengan kuasa nuklear membekalkan lebih 50% kuasa rendah karbon sendiri di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.[5]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/62/Low-carbon-share-energy.svg/640px-Low-carbon-share-energy.svg.png)