Kromosom 1
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kromosom 1 ialah sebutan untuk kromosom manusia terbesar. Manusia mempunyai dua salinan kromosom 1 seperti semua autosom, yakni kromosom bukan jantina. Kromosom 1 merangkumi kira-kira 249 juta pasangan bes nukleotida, unit asas maklumat DNA.[4] Ia mewakili kira-kira 8% daripada jumlah DNA dalam sel manusia.[5]
Fakta Segera Ciri-ciri, Panjang (bp) ...
Kromosom 1 | |
---|---|
Ciri-ciri | |
Panjang (bp) | 248,387,328 bp (CHM13) |
Bilangan gen | 1,961 (CCDS)[1] |
Jenis | Autosom |
Kedudukan sentromer | Metasentrik[2] (123.4 Mbp[3]) |
Senarai gen lengkap | |
CCDS | Senarai gen |
HGNC | Senarai gen |
UniProt | Senarai gen |
NCBI | Gene list |
Pemidang peta luaran | |
Ensembl | Kromosom 1 |
Entrez | Kromosom 1 |
NCBI | Kromosom 1 |
UCSC | Kromosom 1 |
Jujukan DNA penuh | |
RefSeq | NC_000001 (FASTA) |
GenBank | CM000663 (FASTA) |
Tutup
Ia merupakan kromosom terakhir yang berjaya dijujuki lengkap, dengan tempoh penjujukan dua dekad selepas permulaan Projek Genom Manusia.