Krishna (Sanskrit: कृष्ण, rumi: Kṛṣṇa), Kesna (Jawi: كسنا) atau Keresna (Jawi: كريسنا)[1] adalah suatu betara atau dewa agung yang disembah oleh banyak tradisi Hinduisme dalam pelbagai perspektif. Krishna ialah jelmaan atau "titisan" kelapan dewa Vishnu. Krishna juga menjadi Dewa Yang Agung dalam beberapa tradisi.

Fakta Segera Krishna, Dewanagari: ...
Krishna
Gelar sebagai Awatara Wisynu sebagai putra kelapan Basudewa dari Dinasti Yadu.
Tuhan Yang berkuasa dalam perguruan Gaudiya Waisnawa.
Dewanagari:कृष्ण
Nama lain:Acyuta; Basudewa; Bagawan; Gopala; Gowinda; Hari; Kesawa; Madawa; Narayana; Wisnu; dan lain-lain.
Golongan:Dewa,
Awatara Wisnu
Kediaman:Masa kecil: Gokul, Vrindavan
Masa remaja: Mathura
Dewasa: Kerajaan Dwaraka
Surgawi: Vaikuntha, Goloka, Nitya Dwaraka
Mantra:ॐ नमो भगवते वासुदेवाय
Om Namo Bhagavate Vāsudevāya
Senjata:Cakra Sudarsana
Pasangan:Radhika, Rukmini,
Satyabama, Jambawati, Kalindi, Nagnajiti, Mitravinda, Charuhasini, Bhadra, Rohini, Subima, Tulsi dan sekitar 16 ribu isteri lainnya
Wahana:Garuda
Tutup

Sri Krishna memainkan peranan penting dalam epik Mahabharata. Dialog antara Sri Krishna dan Arjuna dalam Mahabharata yang dikenali sebagai Bhagavad Gita telah menerima status Veda kelima dalam agama Hindu.

Sri Krishna juga merupakan Tuhan yang paling popular dalam zaman moden. Sejak kurun ke-10 Masihi, Krishna menjadi subjek yang digemari dalam pelbagai bidang seni dan tradisi tempatan. Tradisi Bhakti yang unik telah kembang bagi pelbagai rupa berlainan Krishna, seperti Jagannatha di Odisha, Vithoba di Maharashtra, dan Srinathji di Rajasthan. Sejak tahun 1960an, penyembahan Krishna telah berkembang ke negara-negara Barat, terutamanya disebabkan gerakan International Society for Krishna Consciousness.

Sri Krishna sering digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang memakan mentega, seorang budak yang memainkan seruling, seperti yang terkandung dalam Bhagavata Purana, atau sebagai seorang dewasa yang memberikan ajaran rohani kepada Arjuna dalam Bhagavad Gita. Riwayat Krishna tersebar dalam pelbagai aspek falsafah dan teologi tradisional Hindu. Krishna juga digambarkan dalam pelbagai perspektif: seorang dewa muda (Bala Gopala), seorang budak nakal (Gopala, Damodara), seorang kekasih yang ideal (Madhava), seorang hero (Vasudeva Krishna), dan Tuhan Maha Berkuasa. Kitab-kitab utama yang mengandungi riwayat Sri Krishna ialah Mahabharata, Bhagavata Purana dan Vishnu Purana.

Teks Hindu
Śruti

Smriti

Penceritaan

Pemujaan

Dalam pewayangan

Fail:Kresna-kl.jpg
Sosok Kresna yang diadaptasi menjadi tokoh pewayangan Jawa.

Beberapa bahagian (atau parwa) karya Mahabharata seperti Adiparwa, Wirataparwa, Bhismaparwa dan mungkin juga beberapa parwa yang lain, diketahui telah digubah dalam bentuk prosa berbahasa Kawi semenjak akhir abad ke-10 Masehi, pada masa pemerintahan raja Dharmawangsa Teguh (991-1016 M) dari kerajaan Kediri. Pada masa itu, penggiatan terjemahan karya-karya ini beristilah "mangjawakěn byāsamata", yang bermakna membuat latar dalam cerita tersebut seolah-olah di pulau Jawa turut didapati.[2] Kisah Kresna yang bersumber dari Mahabharata, Hariwangsa, mahupun Purana telah disadur gubah menjadi bentuk kakawin, antara lain Kakawin Kresnayana dan Kakawin Hariwangsa. Keduanya menceritakan kisah pernikahan Kresna dengan Rukmini, puteri dari kerajaan Widarba. Selain itu, terdapat pula Kakawin Bhomantaka, yang menceritakan perang antara Kresna dengan raksasa Bhoma.

Thumb
Wayang Kresna dalam seni pewayangan Bali, yang digambarkan sebagai sosok raja berkulit hijau.

Di Indonesia, Mahabharata juga diangkat ke dalam pertunjukkan wayang, dengan adaptasi dan perubahan seperlunya. Dalam budaya pewayangan Jawa, tokoh Kresna dikenal sebagai raja Dwarawati (Dwaraka), kerajaan para keturunan Yadu dan merupakan titisan Dewa Wisnu. Kresna adalah putera Basudewa yang memerintah Raja Mandura. Ia dilahirkan sebagai putera kedua dari tiga bersaudara (dalam versi Mahabharata ia merupakan putra kedelapan). Kakaknya bernama Baladewa (Balarama, alias Kakrasana) dan adiknya dikenal sebagai Sembadra (Subadra), yang dinikahi oleh Arjuna, sepupunya dari pihak ibu. Kresna memiliki tiga orang isteri dan tiga orang anak. Para istrinya yaitu Dewi Jembawati, Dewi Rukmini, dan Dewi Satyabama. Menurut pewayangan, anak-anaknya adalah Raden Boma Narakasura, Raden Samba, dan Siti Sundari.

Dalam lakon Baratayuda yang mengisahkan perang antara pihak-pihak Pandawa dan Korawa, Kresna berperanan sebagai sais atau kusir kereta perang Arjuna. Ia juga merupakan salah satu penasihat utama pihak Pandawa. Sebelum perang melawan Karna, atau dalam babak yang dinamakan Karna Tanding, dia memberikan wejangan panjang lebar kepada Arjuna. Wejangan dia dikenal sebagai Bhagawadgita, yang bererti "Kidung Ilahi".

Dalam budaya pewayangan, Kresna dikenal sebagai tokoh yang sangat sakti. Dia memiliki kemampuan untuk meramal, berubah bentuk menjadi raksasa, dan memiliki bunga Wijaya Kusuma yang dapat menghidupkan kembali orang mati. Dia juga memiliki senjata yang dinamakan Cakrabaswara yang mampu digunakan untuk menghancurkan dunia. Pusaka-pusaka sakti yang dimilikinya antara lain senjata cakra, buri kerang bernama Pancajahnya, Kaca Paesan, Aji Pameling dan Aji Kawrastawan.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.