From Wikipedia, the free encyclopedia
Type 056 (nama pengenalan NATO: Jiangdao) adalah sebuah kelas korvet yang digunakan oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN). Ia mengantikan kapal peronda dan beberapa frigat Type 053H yang telah berusia.[3] Korvet Type 056 pertama memasuki perkhidmatan pada bulan Februari 2013.[4] Sebuah versi peperangan anti kapal selam (ASW), yang dikenali sebagai Type 056A, juga telah memasuki perkhidmatan.[5] Berikutan dengan pembinaan Aba pada Disember 2019, China telah menghentikan pembinaan korvet Type 056 bagi memberi fokus pada perolehan kapal perang lebih besar untuk misi-misi laut lepas.[6]
Ringkasan kelas | |
---|---|
Pembina: |
|
Pengguna: |
|
Didahului oleh: | Korvet Type 037 |
Disiapkan: | 72 (PLAN)[1] |
Aktif: | 72 (PLAN)[1] |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Korvet |
Sesaran: | 1,500 tan |
Panjang: | 90 m (300 ka) |
Lunas: | 11.14 m (36.5 ka) |
Draught: | 4 m (13 ka) |
Jana kuasa: | 2 x motor diesel SEMT Pielstick PA6-STC |
Halaju: | 25 kn (46 km/j; 29 mph) |
Jarak: | 3,500 nmi (6,500 km; 4,000 bt) pada 16 kn (30 km/j; 18 mph) |
Anak kapal: | 78 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Kemudahan penerbangan: | Helipad untuk 1 helikopter sederhana (Harbin Z-9) |
Dua buah kapal versi rondaan seberat 1,800 tan, P18N telah diserahkan kepada Tentera Laut Nigeria[7] dan empat buah korvet C13B seberat 1,300 telah dijual kepada Tentera Laut Bangladesh.[8]
Korvet Type 056 akan memenuhi ruang kekangan keupayaan antara bor peluru berpandu Type 022 dan frigat Type 054A.[9] Ia memiliki panjang 90 meter, sesaran 1500 tan,[10] dan rekabentuk dengan ciri-ciri anti radar.[11] Type 056 dibina untuk beroperasi dalam misi-misi perairan hijau dan tugas-tugas pesisir, dan bukannya operasi tempur laut biru;[3] Ia dibina untuk bertahan selama 15 hari dalam misi tempur seperti rondaan, mengiring dan melindungi kepentingan zon ekonomi ekslusif antara 200 nmi (230 bt; 370 km) daripada pantai, membolehkan kapal perang lebih besar untuk diaturgerak ke laut terbuka.[12] Korvet Type 056 boleh membawa krew seramai 78 orang dengan halaju tertinggi 25 knot (46 km/j), dan jarak 3,500 batu nautika (6,500 km) pada 16 knot (30 km/j).[13][14]
Persenjataan permukaan dilaporkan mempunyai sebuah meriam laut 76 mm AK-176, dua pucuk meriam auto 30 mm,[13] dan sempat buah peluru berpandu anti kapal YJ-83.[10] Peluru berpandu permukaan ke udara FL-3000N dibawa di dalam pelancar tunggal bersel 8.[13] Akhirnya, terdapat dua set pelancar torpedo berkembar tiga 324 mm,[10] yang boleh membawa torpedo ringan ASW Yu-7.[13]
Kapal Type 056 asas dilengkapi dengan radar Type 347G (LR66) dan sonar haluan.[13] Type 056A pula memiliki tambahan sonar jujukan fasa dan kedalaman boleh-ubah (VDS);[10] bentuk VDS mencadangkan bahawa ia "bukan salinan sebenar" DE-1163 buatan Itali/AS atau DUBV-43 buatan Perancis. Ia membuktikan China telah melakukan ujian dan analisis ekstensif ke atas semua peralatan yang diimport dan membinanya secara tempatan dengan menggunakan pengetahuan yang diperolehi.[15]
Type 056 memiliki dek helikopter untuk memuatkan sebuah helikopter bersaiz Z-9, tetapi tiada hangar.[10]
Badan kapal Type 056 dibangunkan berdasarkan pada kapal peronda luar pantai kelas Pattani, yang telah dibina di China untuk Thailand bermula pada tahun 2005 hingga 2006.[16]
Kapal pertama telah dilancarkan oleh Hudong-Zhonghua Shipbuilding pada Mei 2012.[17] Pada akhir tahun 2012, kelas ini dibina oleh empat buah limbungan kapal China.[18]
Type 056A mula diproduksi sejak akhir tahun 2013.[15]
Menjelang bulan Februari 2021, PLAN telah mentauliahkan kapal terakhir dari kelas ini, di mana berjumlah 22 buah Type 056 dan 50 buah Type 056A.[1]
Korvet P18 adalah versi eksport bagi Type 056. P18 memiliki sesaran sebanyak 1,800 tan, dengan panjang 95 m (312 ka) dan panjang lunas 12 m (39 ka) beam; janakuasanya terdiri dari dua buah enjin diesel MTU 20V 4000M, dengan halaju maksimum 25 knot (46 km/j); persenjataan mungkin termasuk sebuah meriam 76 mm., dua buah meriam 30 mm., sehingga lapan buah peluru berpandu anti kapal, dua set pelancar torpedo berkembar tiga; dan sebuah helikopter sederhana mungkin boleh dibawa.[19]
Pada tahun 2014, P18 dilaporkan sedang dipertimbangkan oleh Kazakhstan untuk memenuhi keperluan negara ini sehingga sembilan buah kapal.[20]
Pada akhir tahun 2014, Argentina dilaporkan telah bersetuju untuk membeli lima buah P18, dua buah akan dibina di China, dan selebihnya akan dibina bersama di Argentina. Kapal-kapal ini akan dikenali sebagai kelas Malvinas, dan akan memiliki sonar ditunda dan dek penerbangan yang dibesarkan untuk mengendalikan helikopter Sea King. Setiap kapal mungkin bernilai US$50 juta.[19]
C13B merupakan sebuah versi bagi korvet Type 056 yang dibina untuk Tentera Laut Bangladesh. Korvet ini memiliki 90 meter (300 ka) panjang dan sesaran 1,330 tan.[8] Setiap kapal akan dipersenjatai dengan sebuah meriam 76mm H/PJ-26, peluru berpandu anti kapal C-802A, peluru berpandu permukaan ke udara FL-3000N, dua buah turet meriam kawalan jauh H/PJ-17-1 30mm[21] dan dua buah pelancar roket Type 87 ASW.[22][23] Sepertimana Type 056, pad helikopter disediakan tetapi tanpa hangar.[7] Korvet ini dilaporkan mempunyai kelajuan 25 knot (46 km/j).[24]
Kumpulan pertama yang terdiri daripada dua buah kapal telah dipesan dari Wuchang Shipyard di Wuhan,[8] dilaporkan pada Oktober 2012.[7] Kapal ini dibaringkan pada 8 Januari 2013. Shadhinota (F111), kapal pertama telah dilancarkan pada 30 November 2014.[24] Manakala kapal kedua, Prottoy (F112) telah dilancarkan pada 30 Disember 2014. Shadhinota dan Prottoy telah ditauliahkan pada 19 Mac 2016.[25]
Kumpulan kedua dengan dua buah kapal telah dipesan pada 21 Julai 2015.[26] Pembinaan kapal-kapal ini bermula pada 9 Ogos 2016.[27] Kapal ketiga, Sangram (F113), telah dilancarkan pada 12 Februari 2018.[28] Kapal keempat, Prottasha (F114) pula dilancarkan pada 8 April 2018.[21] Tentera Laut Bangladesh telah menerima dua buah kapal terakhir, Sangram dan Prottasha. Korvet ini telah diserahkan pada 28 March dan tiba di pangkalan tentera laut di Chittagong pada 27 April 2019. Berdasarkan pada Jane's 360, dua kapal terakhir dilengkapi dengan sebuah radar jujukan fasa yang lebih maju tidak seperti dua buah kapal pertama.[29]
Kapal peronda luar pantai (OPV) P18N adalah sebuah versi yang digunakan oleh Tentera Laut Nigeria. P18N mempunyai sesaran 1,800 tan, 95 m (312 ka) panjang, mampu belayar selama 20 hari,[30] halaju maksimum 21 knot (39 km/j)[31] radius operasi 3,000 batu nautika (5,600 km) pada 14 knot (26 km/j).[30] Ia akan memuatkan anak kapal seramai 75 orang. Persenjataan dilaporkan terdiri dari sebuah meriam NG-16-1 dengan kaliber 76 mm dengn sebuah radar kawalan tembakan TR47, dua buah meriam 30 mm, dan dua buah 20 mm.[31] Kelas ini juga mempunyai sebuah Sistem Pengambilan Sokongan Minyak untuk menangani tumpahan minyak.[32] Tidak seperti Type 056, P18N mempunyai sebuah hangar helikopter.[30]
Nigeria telah memesan dua buah kapal P18N daripada CSOC pada April 2012[33] dengan harga US$42 juta sebuah.[19] Kapal pertama akan dibina di China, manakala bagi kapal kedua 50–70% akan disiapkan di Limbungan Kapal Tentera Laut Nigeria di Port Harcourt; CSOC juga diberi kontrak untuk menaik taraf limbungan kapal di Nigeria.[33]
NNS Centenary (F91), kapal P18N pertama, telah dibina di Wuchang Shipyard di Wuhan. Ia telah dilancarkan pada Januari 2014 dan menyelesaikan ujian-ujian pada Oktober 2014.[31] Centenary meninggalkan China pada Disember 2014 dan tiba di Lagos, Nigeria pada Februari 2015;[30] Ia telah ditauliahkan pada bulan yang sama.[32] Asalnya ia dijangka akan diserahkan pada pertengahan tahun 2014.[33]
Kapal OPV kedua, NNS Unity (F92) dilaporkan pada Februari 2015 akan menjalani pemasangan terkahir di Wuchang, dan dijangka akan diserahkan pada tahun 2015.[30] Awalnya, Nigeria dijangka akan menerimanya pada pertengahan tahun 2014 untuk disiapkan di Port Harcourt.[33] Kapal ini telah diserahkan pada 4 November 2016 kepada Tentera Laut Nigeria di Lagos. NNS Unity telah ditauliahkan pada 15 December 2016.[34] Pada Januari 2017, kapal ini telah diaturgerak ke The Gambia untuk "menunjukkan kekuatan" oleh ECOWAS dalam campur tangan dalam krisis perlembagaan Gambia 2016–17.[35]
Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) telah melaporkan bahawa Algeria telah memesan sebuah frigat/OPV sepanjang 96-meter pada tahun 2020; SIPRI telah menyenaraikan kelas ini sebagai "Pattani".[36]
Berdasarkan pada media sosial, kapal ini merupakan versi eksport bagi korvet Type 056 dan telah dilancarkan pada Ogos 2021.[37]
Sebuah versi Type 056 untuk Pengawal Pantai China telah dibina di Huangpu pada akhir tahun 2014. Kedudukan struktur super di bahagian hadapan dialihkan kembali ke belakang untuk membolehkan sebuah struktur dibina di depan anjung. Davit yang besar telah dipasang di depan dek penerbangan pada kedua-dua bahagian sisi kapal. Mengikut jangkaan. kapal ini tidak akan dilengkapi dengan meriam 76 mm., peluru berpandu, atau sistem-sistem persenjataan lain.[38]
# | Nombor Pennant | Nama | Pembina | Dilancarkan | Ditauliahkan | Armada | Status |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Type 056 | |||||||
1 | 501[39] | 信阳 / Xinyang[39] | Mac 2015[39] | Armada Laut Utara[39] | Aktif | ||
2 | 503[40] | 宿州 / Suzhou | Mei 2014 | Februari 2015 | |||
3 | 505[41] | 秦皇岛 / Qinhuangdao[41] | Hudong[41] | Oktober 2014[41] | 16 Oktober 2015[41] | Armada Laut Utara[41] | Aktif[41] |
4 | 511[42] | 保定 / Baoding[42] | Disember 2016 | Armada Laut Timur | Aktif | ||
5 | 512[42] | 菏泽 / Heze[42] | Disember 2016 | Armada Laut Timur | Aktif | ||
6 | 580[40][43] | 大同 / Datong[43] | Mei 2013[43] | Aktif | |||
7 | 581[40][44] | 营口 / Yingkou[44] | Ogos 2013[44] | Armada Laut Utara[44] | Aktif | ||
8 | 582[40][45] | 蚌埠 / Bengbu[40] | Februari 2013[45] | Aktif | |||
9 | 583[40] | 上饶 / Shangrao[40] | |||||
10 | 584[40][46] | 梅州 / Meizhou[40][46] | Julai 2013[46] | Armada Laut Selatan[46] | Aktif | ||
11 | 585[40] | 百色/ Baise[40] | |||||
12 | 586[40] | 吉安 / Ji'an[40] | |||||
13 | 587[40][47] | 揭阳 / Jieyang[40][47] | Januari 2014[47] | Armada Laut Selatan[47] | Aktif | ||
14 | 588[40][48] | 泉州 / Quanzhou[48] | Ogos 2014[48] | Armada Laut Timur[48] | Aktif | ||
15 | 589[40][49] | 清远 / Qingyuan[49] | Huangpu[49] | Jun 2014[49] | Armada Laut Selatan[49] | Aktif | |
16 | 590[40] | 威海 / Weihai[50] | |||||
17 | 591[40] | ||||||
18 | 592[40][49] | 泸州 / Luzhou[49] | Wuhan[49] | Jun 2014[49] | Armada Laut Selatan[49] | Aktif | |
19 | 595[40] | ||||||
20 | 596[40][51] | 惠州 / Huizhou[40][51] | Julai 2013[52] | Hong Kong Garrison[51] | Aktif | ||
21 | 597[40][51] | 钦州 / Qinzhou[40][51] | Julai 2013[52] | Hong Kong Garrison[51] | Aktif | ||
Type 056A | |||||||
22 | 502[10] | 黄石 / Huangshi[10] | Hudong[10] | Mac 2015[10] | Armada Laut Utara[10] | Aktif | |
23 | 593[5][40] | 三门峡 / Sanmenxia[5] | Hudong[13] | November 2013[15] | November 2014[5] | Armada Laut Timur[5] | Aktif |
24 | 594[40][53] | 株洲 / Zhuzhou[53] | November 2014[53] | Armada Laut Selatan[53] | Aktif | ||
605[54] | 张家口 / Zhangjiakou[54] | Armada Laut Utara[54] | Aktif |
No. Pennant | Nama | Pembina | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
C13B | |||||||
F111[8] | Shadhinota[8] | Wuchang[8] | 30 November 2014[24] | 11 Disember 2015[55] | Aktif[55] | ||
F112[8] | Prottoy[8] | Wuchang[8] | 30 Disember 2014[56] | 11 Disember 2015[55] | Aktif[55] | ||
F113 | Sangram | Wuchang | 12 Februari 2018[28] | 18 Jun 2020[57] | Aktif[57] | ||
F114 | Prottasha | Wuchang | 8 April 2018[21] | 5 November 2020[58] | Aktif |
Kapal yang memiliki saiz dan peranan yang setara:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.