Konkrit diperkukuhkan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Konkrit diperkukuhkan (KDp) ialah sejenis bahan komposit, di mana kekuatan tegangan konkrit dan kemuluran konkrit yang rendah diimbangkan dengan pengukuhan yang yang memiliki ciri-ciri tersebut yang lebih baik. Bahan-bahan pengukuh itu lazimnya (tak semestinya) terdiri daripada batang-batang keluli yang dipasang dahulu sebelum konkrit dituang terhadapnya. Penegangan lanjutan juga dilakukan untuk mengukuhkan konkrit itu. Dalam perspektif global, konkrit ini ialah bahan kejuruteraan utama.[1][2] Dalam kejuruteraan hakisan, sifat alkali konkrit dapat mencegah hakisan batang keluli sekiranya direka dengan betul.[3] Bahan-bahan pengukuh alternatif termasuk batang-batang bukan logam serta gentian-gentian yang dicampurkan bersama-sama konkrit.