Konflik Israel–Gaza 2014
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 8 Julai 2014, Pasukan Pertahanan Israel melancarkan "Operasi Perlindungan Sempadan" (bahasa Inggeris: Operation Protective Edgecode: en is deprecated ; Bahasa Ibrani: צוּק אֵיתָן, Tzuk Eitan, lit. "Tebing Kuat"),[note 1] di Genting Gaza. Sesudah itu, tujuh minggu serangan udara Israel dan serangan balas roket Hamas, serta pertempuran akibat serangan darat menyebabkan lebih 2,100 orang terbunuh, kebanyakan mereka orang awam Palestin.[18][31][32][24][33]
Konflik Israel–Gaza 2014 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada konflik Israel–Palestin | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat[5][6] |
Iran[11][12] | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Moshe Ya'alon Menteri Pertahanan Benny Gantz Ketua Pegawai Turus Amir Eshel Komander Tentera Udara Ram Rothberg Komander Tentera Laut Sami Turgeman Pikud Darom Mickey Edelstein Bahagian Gaza Yoram Cohen Ketua Shin Bet |
Khaled Mashal Ketua Hamas Ismail Haniyeh Timbalan Ketua Hamas Muhammad Deif Ketua Briged Izzuddin Al-Qassam Ramadan Shalah Pemimpin PIJ | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Tentera Darat Israel Tentera Udara Israel Tentera Laut Israel Shin Bet |
Briged Izzuddin Al-Qassam Briged Syuhada al-Aqsa Briged Abu Ali Mustapha Briged al-Quds Briged al-Nasser Salahuddin | ||||||
Kekuatan | |||||||
176,500 kakitangan aktif[13] 445,000 skar simpanan[13] |
Briged Izzuddin Al-Qassam: 10,000[14]–40,000[15] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Israel : 66 askar dan 6 orang awam (1 Thai) terbunuh;[17][18] 450 askar dan 80 orang awam cedera[19] Palestin : 1000 askar terbunuh, 2000 cedera[20][21][22] |
Kementerian Kesihatan Gaza: 2,143 terbunuh[23] dan 11,100 cedera[24] (70% orang awam)[23] PCHR: 2,168 terbunuh (1,662 orang awam) dan 10,895 cedera[25] OCHA PBB: 2,104 terbunuh (1,462 orang awam, 265 militan, 377 tak diketahui)[18] ITIC: 2,000 terbunuh (54% orang awam, 46% militan)[26] IDF: 2,143 terbunuh (1,000 militan),[23] 250 ditawan (159 dikenal pasti militan)[27] |
Tujuan operasi Israel yang dinyatakan ialah menghentikan bedilan roket dari Gaza ke Israel, yang ditembak kumpulan bukan-Hamas akibat tindakan keras Israel terhadap Hamas di Tebing Barat (dicetuskan oleh penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel oleh anggota Hamas yang bertindak sendirian).[34] Hamas bertindak balas terhadap serangan udara Israel pada 6 Julai yang membunuh tujuh anggotanya di Khan Yunis dengan turut menembak roket.[34][35][36] Pada 17 Julai, operasi itu diperluas kepada serangan darat dengan tujuan dinyatakan sebagai memusnahkan sistem terowong Gaza.[37]
Sehingga 26 Ogos, IDF menyatakan yang Hamas, Jihad Islam dan kumpulan militan lain telah menembak 4,500 roket dan mortar dari Gaza,[38][39] manakala IDF menyerang 5,263 sasaran di Gaza; sekurang-kurangnya 34 terowong yang diketahui telah dimusnahkan[38] dan dua pertiga simpanan 10,000-roket Hamas telah digunakan atau dimusnahkan.[40][41] Kementerian Dalam Negeri Palestin melaporkan yang sehingga 22 Ogos, 20,000 tan letupan telah dijatuhkan ke Gaza.[42][43] Beberapa gencatan senjata awal dengan bantuan Mesir (termasuk pada 5 Ogos, apabila askar Israel berundur)[44] tidak tahan lama.[45] Akhirnya pada 26 Ogos, satu gencatan senjata tanpa penghujung diumumkan.[46]
Antara 2,000[26] dan 2,143[23] rakyat Gaza telah terbunuh (termasuk 495–578 kanak-kanak)[18][24] dan antara 10,895[25] dan 11,100[24] lagi cedera. Sementara itu 66 orang askar IDF, 5 orang awam Israel dan seorang awam Thai telah terbunuh[18] dan 450 askar IDF dan 80 orang awam Israel lagi cedera.[19] Kementerian Kesihatan Gaza, PBB dan kumpulan hak asasi manusia melaporkan 70–75% mangsa Palestin ialah orang awam;[18][23][25] Israel mendakwa hanya 50% orang awam.[26][47] Pada 5 Ogos, OCHA menyatakan 520,000 orang Palestin di Genting Gaza (kira-kira 30% penduduknya) kehilangan tempat tinggal, dengan 485,000 daripadanya memerlukan bantuan makanan segera[48] dan 273,000 orang berlindung di 90 sekolah bantuan PBB.[49] 17,200 rumah Gaza musnah atau rosak teruk, dan 37,650 lagi mengalami kerosakan namun masih boleh diduduki.[18] Di Israel, dianggarkan 5,000[50] hingga 8,000[51] orang melarikan diri akibat ancaman serangan roket dan mortar.[50]