Kim Jong-nam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kim Jong-nam (Chosŏn'gŭl: 김정남; Hanja: 金正男; 10 Mei 1971–13 Februari 2017) merupakan anak sulung kepada Kim Jong-il, pemimpin agung Korea Utara dari 1994 hingga 2011. Dari sekitar 1994 hingga 2001, beliau dianggap menjadi "pewaris takhta" bapanya dan bakal pemimpin Korea Utara.[1] Setelah menarik perhatian umum dengan kegagalan cubaan memasuki Jepun dengan pasport palsu untuk melawat Tokyo Disneyland pada Mei 2001, Jong-nam telah hilang kepercayaan bapanya.
Kim Jong-nam | |
---|---|
김정남code: ko is deprecated | |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1971-05-10)10 Mei 1971 Pyongyang, Korea Utara |
Meninggal dunia | 13 Februari 2017(2017-02-13) (umur 45) Sepang, Selangor, Malaysia |
Sebab kematian | Dibunuh |
Kerakyatan | Korea Utara |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Shin Jong-hui |
Anak-anak | 6, termasuk Kim Han-sol |
Hubungan | Kim Jong-il (bapa) Song Hye-rim (ibu) Kim Il-sung (datuk) Kim Sul-song (adik perempuan tiri sebelah bapa) Kim Jong-un (adik lelaki tiri sebelah bapa) Kim Jong-chul (adik lelaki tiri sebelah bapa) |
Kediaman | MacauSingapuraMalaysia |
Alma mater | Universiti Kim Il-sung |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan/cawangan | ![]() |
Chosŏn'gŭl | 김정남code: ko is deprecated |
---|---|
Hancha | 金正男code: ko is deprecated |
McCune–Reischauer | Kim Chŏng-nam |
Perumian Semakan | Gim Jeong-nam |
Mulai s. 2003, Jong-nam hidup dalam buangan di luar Korea Utara. Adik tirinya Kim Jong-un dipilih menjadi pewaris pada September 2010.[2] Dalam buangan, Jong-nam menjadi terkenal dengan kadang-kadang mengkritik rejim keluarganya serta memperjuangkan pembaharuan untuk negaranya[3] Pada Februari 2017, Kim Jong-nam meninggal di Malaysia akibat apa yang dipercayai sebagai asasinasi dengan racun yang dilakukan oleh beberapa orang perempuan yang disangka ejen Korea Utara. Ketika itu beliau dipercayai melancong dengan memakai nama Kim Chol.