![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/00/Kyanite_crystals.jpg/640px-Kyanite_crystals.jpg&w=640&q=50)
Kianit
Sejenis batu berharga berwarna biru / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kianit ialah sejenis mineral aluminosilikat yang berwarna biru, biasa didapati dalam batuan pegmatit metamorfosis yang kaya dengan aluminium dan/atau batuan enapan. Kianit dalam batuan metamorfosis biasanya menunjukkan tekanan yang lebih tinggi dari empat kilobar. Ia selalunya dijumpai dalam batuan quarza.
Kianit | |
---|---|
![]() |
|
Maklumat am | |
Kategori | Nesosilikat |
Formula kimia | Al2SiO5 |
Pengecaman | |
Warna | Biru, putih, jarang hijau, kelabu, kuning, ungu, oren, dan hitam, boleh dizonkan |
Tabii hablur | Turus; serabut; bilah |
Sistem hablur | Triklinik |
Pengembaran | Lamelar pada {100} |
Pembelahan | [100] sempurna [010] tak sempurna dengan sudut 79° di antara |
Fraktur | Selumbar |
Kekerasan skala Mohs | 4.5-5 selari pada satu paksi 6.5-7 serenjang dengan paksi tersebut |
Kilau | Kekaca ke mutiara |
Indeks biasan | nα = 1.712 - 1.718 nβ = 1.720 - 1.725 nγ = 1.727 - 1.734 |
Sifat-sifat optik | Dwipaksi (-) |
Pleokroisme | Trikroik, tidak berwarna ke biru muda ke biru |
Guris | Putih |
Graviti tentu | 3.53 - 3.65 diukur; 3.67 dikira |
Diafaneiti | Lut sinar hingga lut cahaya |
Walaupun ia stabil pada tekanan dan suhu yang rendah, kegiatan air selalunya cukup banyak dalam keadaan begini sehingga ia digantikan dengan aluminosilikat hidrus seperti muskovit, pirofilit, atau kaolinit. Kianit juga dikenali sebagai disten, raetisit dan sianit.
Kianit ialah sebahagian daripada siri aluminosilikat, yang juga mengandungi andalusit polimorf dan silimanit polimorf. Kianit bersifat tak isotropi, di mana kekerasan ia berbeza mengikut arah kristalografi. Dalam kianit, ketidakisotropian ini boleh dikira sebagai ciri-ciri untuk mengenalpastinya.
Pada suhu lebih daripada 1100 °C kianit terurai menjadi mulit dan silika kekaca dengan persamaan tindak balas: 3(Al2O3·SiO2) → 3Al2O3·2SiO2 + SiO2. Perubahan ini menghasilkan pengembangan.[1]
Nama ia berasal sama seperti warna sian, daripada perkataan Yunani Purba κύανος. Ini dialihkan kepada Inggeris sebagai kyanos atau kuanos dan bermaksud "biru tua".