From Wikipedia, the free encyclopedia
Khalil Al-Hayah (Arab: خليل الحية ) ialah seorang pegawai kanan Hamas yang pernah dipilih sebagai anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) pada 25 Januari 2006 sebagai wakil rakyat bagi Kota Gaza. Beliau tinggal di kejiranan Syujaiyah. Beliau juga merupakan anggota Biro Politik Hamas dan timbalan ketua Biro Politik Hamas di Gaza[1].
Khalil Al-Hayah | |
---|---|
خليل الحية | |
Timbalan Ketua Hamas di Genting Gaza | |
Memegang jawatan 2017 | |
Pemimpin | Yahya Sinwar |
Didahului oleh | Ismail Haniyeh |
Anggota Parlimen Palestin untuk Gaza | |
Memegang jawatan Januari 2006 Berkhidmat dengan Said Seyam, Ahmed Bahar, Mohammed Faraj Al-Ghul, Jamal Saleh, Jamal Al-Khudari, Ziad Abu Amr dan Husam Tawil | |
Kumpulan parlimen | Blok Perubahan dan Pembaharuan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Khalil Ismail Ibrahim Al-Hayah خليل إسماعيل إبراهيم الحية 1960 (umur 63–64) Gaza |
Parti politik | Hamas |
Tujuh atau lapan orang ahli keuarganya, termasuk dua orang saudara lelakinya, dibunuh Israel dalam siri keganasan semasa konflik Israel–Palestin 2007..[2][3] Seorang daripada anak lelakinya terbunuh dalam serangan udara Israel pada 2008 semasa melancarkan serangan roket briged.[4][5] Anak lelakinya yang lain, menantu perempuannya, dan cucunya terbunuh dalam serangan udara di rumahnya pada Julai 2014 semasa konflik Israel–Gaza 2014.[6][7][8] Beliau menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf Palestin dengan menggunakan sempadan sebelum 1948.[9]
Ketika berlakunya Perang Pedang al-Quds, kediamannya di Syujaiyah telah dibom dalam satu serangan udara oleh Israel pada 15 Mei 2021[1].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.