Kewujudan Tuhan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kewujudan Tuhan (atau lebih umum, kewujudan dewa-dewa) ialah subjek perdebatan dalam teologi, falsafah agama dan budaya popular.[1] Pelbagai hujah yang menyokong dan menentang kewujudan Tuhan atau dewa boleh dikategorikan sebagai logik, empirikal, metafizik, subjektifatau saintifik. Dari segi falsafah, persoalan kewujudan Tuhan atau dewa melibatkan disiplin epistemologi (sifat dan skop pengetahuan) dan ontologi (kajian sifat wujud atau kewujudan) dan teori nilai (kerana beberapa definisi Tuhan termasuk "kesempurnaan").