From Wikipedia, the free encyclopedia
Kevin Owen McCarthy (lahir 26 Januari 1965) ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat ke-55 dari 7 Januari sehingga 3 Oktober 2023. Beliau mewakili daerah kongres ke-20 California, di mana sebahagian besar daerah kongres ini meliputi kebanyakan lembah San Joaquin.
Kevin McCarthy | |
---|---|
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat ke-55 | |
Dalam jawatan 7 Januari 2023 – 3 Oktober 2023 | |
Didahului oleh | Nancy Pelosi |
Digantikan oleh | Mike Johnson |
Ketua Sidang Republikan Dewan | |
Dalam jawatan 3 Januari 2019 – 25 Oktober 2023 | |
Didahului oleh | Paul Ryan |
Digantikan oleh | Mike Johnson |
Ketua Minoriti Dewan | |
Dalam jawatan 3 Januari 2019 – 3 Januari 2023 | |
Timbalan | Steve Scalise |
Didahului oleh | Nancy Pelosi |
Digantikan oleh | Hakeem Jeffries |
Ketua Majoriti Dewan | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2014 – 3 Januari 2019 | |
Ketua | John Boehner Paul Ryan |
Didahului oleh | Eric Cantor |
Digantikan oleh | Steny Hoyer |
Ketua Pengelola Majoriti Dewan | |
Dalam jawatan 3 Januari 2011 – 1 Ogos 2014 | |
Ketua | John Boehner |
Didahului oleh | Jim Clyburn |
Digantikan oleh | Steve Scalise |
Timbalan Ketua Pengelola Republikan Dewan | |
Dalam jawatan 3 Januari 2009 – 3 Januari 2011 | |
Ketua | John Boehner |
Didahului oleh | Eric Cantor |
Digantikan oleh | Peter Roskam |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California | |
Dalam jawatan 3 Januari 2007 – 31 Disember 2023 | |
Didahului oleh | Bill Thomas |
Digantikan oleh | Vince Fong |
Kawasan pilihan raya | daerah 22 (2007-2013) daerah 23 (2013-2023) daerah 20 (2023-kini) |
Ketua Minoriti Perhimpunan Negeri California | |
Dalam jawatan 5 Januari 2004 – 17 April 2006 | |
Didahului oleh | Dave Cox |
Digantikan oleh | George Plescia |
Ahli Perhimpunan Negeri California dari daerah ke-32 | |
Dalam jawatan 2 Disember 2002 – 30 November 2006 | |
Didahului oleh | Roy Ashburn |
Digantikan oleh | Jean Fuller |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kevin Owen McCarthy 26 Januari 1965 Bakersfield, California, U.S. |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Judy Wages (k. 1992) |
Anak | 2 |
Kediaman | Bakersfield, California, A.S. |
Pendidikan | Universiti Negeri California, Bakersfield (BS), (MBA) |
Tandatangan | |
Laman web | Laman web Dewan Laman web Speaker |
Seorang ahli Parti Republikan, Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Ketua Minoriti Dewan di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari tahun 2019 hingga tahun 2023.[1]. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Majoriti Dewan dari 2014 hingga 2019. Beliau adalah wakil A.S untuk daerah kongres ke-22 California dari tahun 2007 hingga 2012 dan telah berkhidmat di daerah ke-23 dari 2013 sehingga 2023 selepas persempadanan semula daerah.
Ketika parti Republikan berjaya memperoleh majoriti di dewan perwakilan ketika pilihan raya pertengahan penggal 2022, McCarthy dijangka akan terpilih sebagai speaker baharu menggantikan Pelosi. Namun, perpecahan yang berlaku dalam kalangan ahli parti Republikan menyebabkan McCarthy gagal untuk terpilih sebagai speaker sehingga undian kali ke-15, di mana beliau berjaya memperoleh majoriti undi.[2]
McCarthy dilucutkan jawatan pada 3 Oktober 2023, setelah undian perlucutan jawatan Speaker diusulkan. Beliau menjadi Speaker pertama yang dibuang jawatan Speaker melalui undi untuk pengosongan dalam sejarah Amerika Syarikat. Beliau meletakkan jawatan sebagai ahli dewan pada 31 Disember 2023.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.