Ketua Hakim Negara Malaysia
jawatan kerajaan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ketua Hakim Negara Malaysia juga dikenali sebagai Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, ialah pejabat dan gelaran ketua sistem kehakiman Malaysia. Gelaran ini telah digunakan sejak 1994, dan sebelum ini ia dikenali sebagai Tuan Yang Dipertua Mahkamah Persekutuan. Ketua Hakim Negara ialah ketua Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi Malaysia. Ia merupakan kedudukan tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia diikuti oleh Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Hakim Besar Malaya, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Fakta Segera Ketua Hakim Negara Malaysia, Gelaran ...
Ketua Hakim Negara Malaysia | |
---|---|
كتوا حاكيم نڬارا مليسيا | |
Mahkamah Persekutuan Malaysia | |
Gelaran | Yang Amat Arif[1] |
Bidang kuasa | Malaysia |
Institusi | Mahkamah Persekutuan Malaysia |
Pusat | Istana Kehakiman, Putrajaya |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja |
Surat cara pembentukan | Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan |
Penjawat sulung | James Thompson |
Dibentuk | 1963; 61 tahun yang lalu (1963) |
Gaji | RM 26,000 sebulan[2] |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Rajah di sebelah menunjukkan gambar senarai ketua hakim semenjak 1994.[3]