From Wikipedia, the free encyclopedia
Ketelanjangan[1] atau kebogelan[2] adalah keadaan badan seseorang yang tidak memakai pakaian atau tidak ditutupi apa-apa pun - yakni, telanjang[1] atau bogel[2] sehingga menampakkan dan mendedahkan kulit keseluruhan anggota badan termasuk kemaluan sendiri.
Kebogelan mungkin timbul dalam banyak situasi, baik dalam konteks seksual atau bukan-seksual. Perbuatan berbogel selalunya dilakukan oleh manusia ketika ia sedang melakukan persetubuhan, atau pencucian/pembersihan (pakaian ataupun tubuhnya) secara bersendirian di dalam ruangan tertutup seperti di dalam tandas. Namun ada juga manusia yang berbogel ketika tidur, sementara ada juga bertelanjang pada situasi yang berlainan misalnya seperti untuk tujuan keselamatan dan peragaan diri. Tempoh bagi seseorang itu bertelanjang juga berbagai bergantung kepada situasi, dengan beberapa orang memilih untuk hidup gaya hidup telanjang, sementara yang lain melakukannya cuma sekejap, seperti pada ekshibisionisme, atau kadang-kala, seperti berenang secara bertelanjang. Ketelanjangan telah digambarkan dalam berbagai media, kesenian, fotografi, filem dan di Internet. Ini merupakan faktor dalam hiburan dewasa dari berbagai jenis. Ketelanjangan di hadapan orang lain dapat menimbulkan kontroversi kerana ketelanjangan bukanlah merupakan suatu budaya yang boleh suka-suka ditonjolkan kepada masyarakat secara bebas.
Banyak orang memiliki pandangan yang amat kuat tentang kelakuan bertelanjangan, yang kepada mereka mengangkat isu-isu dan standard dari kerendahan hati, kesopanan dan moraliti. Pada waktu yang sama, aspek erotik dari ketelanjangan telah menarik penonton pada setiap saat dalam sejarah manusia.
Kebogelan secara kasarnya dibahagikan kepada 2 situasi yang berbeza iaitu:
Terdapat seberapa kegiatan yang dilakukan dalam keadaan bogel ini termasuk lumba lari, berbasikal dan sebagainya. Di Eropah, ada sebilangan kawasan pantai khusus di mana para pengunjung digalakkan bertelanjang semasa beriadah malah sebarang pakaian diharamkan.
Yoga itu sendiri pernah lazim dilakukan dalam keadaan kurang berpakaian sejak zaman dahulu lagi, ia pernah dicatat dalam kitab Bhagavata Purana dari abad ke-7.
Kaum lelaki masyarakat Yunani Purba digalakkan bertelanjang semasa bersukan di mana ia dianggap sebagai tanda menghormati dewa-dewi (lagi-lagi kepada Herakles, Hermes dan Theseus[3]) serta mengalakkan kesedaran bentuk jasmani dalam kalangan pesukan. Malah, sikap berpakaian semasa bersukan ini atau rasa malu berbogel sebagai sikap kegasaran.[4]
Sauna sering digunakan dalam keadaan tidak berpakaian langsung seperti di rantau Skandinavia[5][6] serta di negara-negara berbahasa Jerman (termasuk Jerman dan Austria).[6] Sauna-sauna Skandinavia sering mengasingkan pengguna mengikut jantina namun Eropah Barat - termasuk Switzerland, Belgium, Belanda dan Luxembourg[lower-alpha 1] - tidak begitu.[lower-alpha 2]<refname="Kast"/>
Masyarakat Jepun digalakkan berbogel semasa dalam permandian baik di bangunan awam khusus (sentō) atau rumah penginapan mata air panas (onsen).[8] Mereka selalunya mandi secara campur jantina namun semakin kurang lazim sejak zaman Meiji.[9] Tempat permandian sering diasingkan mengikut jantina di kawasan kota[10]
Adab di rumah permandian jjimjilbang di Korea bergantung mengikut jenis - para pelawat mesti berpakaian jika rumah tersebut bercampur jantina, namun pelawat mesti bertelanjang di rumah yang khusus jantina tertentu sahaja.[11][8]
Bertelanjang menjadi suatu pilihan dalam permandian awam di Rusia yang diasingkan mengikut jantina pengunjung.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.