Ketagihan permainan video
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ketagihan/Gangguan permainan video secara umumnya ditakrifkan sebagai penggunaan permainan video yang bermasalah dan kompulsif yang mengakibatkan penurunan yang signifikan terhadap kemampuan seseorang untuk berfungsi dalam pelbagai aspek kehidupan dalam jangka waktu yang lama. Konsep ini dan yang berkaitan telah menjadi topik penelitian, perdebatan, dan perbincangan yang besar dalam kalangan pakar dalam beberapa bidang dan telah menimbulkan kontroversi dalam komuniti perubatan, saintifik dan permainan video. Gangguan seperti ini dapat didiagnosis apabila seseorang melakukan aktiviti permainan dengan mengabaikan tanggungjawab harian atau kepentingan lain tanpa memperhatikan natijah yang mungkin. Berdasarkan ICD-11, kriteria utama bagi gangguan ini ialah "kekurangan kawalan diri terhadap permainan video".[3]
Ketagihan permainan video | |
---|---|
Gejala | Ketagihan perjudian,[1] kemurungan, pengasingan sosial, bermain permainan video dalam jangka masa melampau |
Kerumitan | Gangguan emosi, kemurungan, gangguan waktu tidur, obesiti, keresahan |
Punca | Permainan video |
Gangguan jiwa sedia ada (ADHD, OCD, tingkah laku kompulsif, gangguan kelakuan, kemurungan), ciri personaliti (neurotisisme, impulsiviti, sifat agresif), golongan muda, lelaki | |
Kekerapan | 1-3% pemain permain video[2] |
sunting |
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memasukkan ketagihan ini dalam semakan ke-11 Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD).[4][5] Persatuan Psikiatri Amerika (APA), sementara menyatakan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk memasukkan ketagihan sebegini dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental pada tahun 2013, menganggapnya layak bagi kajian lebih lanjut.[6]
Kontroversi mengenai diagnosis termasuk sama ada gangguan itu merupakan entiti klinikal berasingan atau manifestasi gangguan psikiatri asas. Para penyelidik telah mendekati perihal itu daripada pelbagai aspek tanpa definisi yang diselaraskan atau dipersetujui secara sejagat yang menyebabkan kesulitan dalam mengembangkan cadangan berdasarkan bukti.