Kesultanan Gunung Tabur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kesultanan Gunung Tabur adalah salah satu kesultanan yang terbentuk akibat pecahan Kesultanan Berau pada awal abad ke-19 dan terletak di Kecamatan Gunung Tabur, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur.[1]
Semasa Perang Dunia II tahun 1945, Istana Gunung Tabur dibom oleh sekutu dan tidak ada bahagian dari istana yang tersisa. Pada tahun 1990, Istana Gunung Tabur dibina balik dan dijadikan sebagai muzium yang diberi nama Muzium Batiwakkal yang dirasmikan pada tahun 1992.