From Wikipedia, the free encyclopedia
Kermes ialah sejenis pewarna merah yang diperoleh daripada badan kering serangga sisik betina dalam genus Kermes, terutamanya Kermes vermilio. Serangga Kermes berasal dari kawasan Mediterranean dan merupakan parasit yang hidup memakan getah pokok perumah, oak Kermes (Quercus coccifera) dan oak Palestin (Quercus calliprinos).[1]
Serangga ini digunakan sebagai pewarna merah sejak zaman dahulu oleh orang Mesir, Mesopotamia, India, Yunani, Rom, dan Iran purba. Pewarna tersebut juga digunakan untuk tujuan-tujuan sembahyang dan ibadat dalam Bible Ibrani.
Kermes berwarna merah pekat, merah lembayung. Ia mempunyai ketahanan warna yang baik dalam sutera dan bulu. Ia sangat disukai pada zaman pertengahan untuk mewarnakan sutera dan bulu, terutamanya kain sakhlat. Selepas zaman pertengahan ia digantikan dengan pewarna merah lain, bermula dengan kokineal.
Kermes berasal daripada perkataan Sanskrit कृमिज atau kṛmija yang bermaksud "diperbuat daripada cacing".[2] Ini telah diserap ke dalam bahasa Parsi dan kemudiannya Arab sebagai قرمز qermez. Inggeris moden meminjam kermes daripada Perancis, kermès. Kermes merupakan kata seasal kepada kirmizi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.