Kereta kebal Zulfiqar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zulfiqar (atau Zolfaqar) adalah kereta kebal utama generasi kedua yang dikeluarkan oleh Iran. Ia telah dinamakan bersempena nama pedang lagenda imam syiah pertama iaitu Hazrat Ali.[2] Prototaip kereta kebal ini telah dinilai pada tahun 1993. Enam prototaip seterusnya dibina dan diuji pada tahun 1997.[3]
![]() |
Zulfiqar | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | ![]() |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Iran |
Sejarah pengeluaran | |
Direka | 1993 |
Dihasilkan | 1996–kini |
Jumlah dibina | 100 Zulfiqar 1 pada tahun 2001[1] |
Aneka | Zulfiqar 2, Zulfiqar 3 |
Spesifikasi (Zulfiqar 1) | |
Berat | 36–41 tan |
Panjang | 7 m (23 ka 0 in) |
Lebar | 3.6 m (11 ka 10 in) |
Tinggi | 2.5 m (8 ka 2 in) |
Krew | 3–4 |
Armor | Perisai komposit |
Senjata pertama | Meriam laras licin 125 mm |
Senjata kedua | Mesingan 12.7 mm dan 7.62 mm |
Enjin | Enjin diesel 12-silinder 780 hp (630 kW) |
Kuasa/berat | 21.7 hp/tan |
Sistem ampaian | bar kilasan |
Jarak operasi | 450 km (280 bt) |
Kelajuan | 70 km/j (43 mph) |
Kereta kebal Zulfiqar telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam bagi memenuhi keperluan oleh Tentera Iran.
Kewujudan kereta kebal utama Zulfiqar pertama kali didedahkan pada tahun 1994 apabila ia diumumkan bahawa kenderaan tersebut telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam. Selepas ujian dengan tiga generasi kenderaan prototaip, pengeluaran kereta kebal utama Zulfiqar dikatakan telah bermula pada tahun 1999.
Tatarajah kereta kebal Zufiqar adalah konventional dengan ruang pemandu di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam 125mm dan sistem pemuat automatik berkait dipercayai sebagai diubah suai dari kereta kebal utama T-72 Russia yang turut dihasilkan di Iran. Pemuat automatik telah membolehkan krew kenderaan dikurangkan kepada tiga: komander, jurumeriam, dan pemandu.
Peralatan piwaian dikatakan sebagai termasuk sistem kawalan tembak berkomputer, pandang siang/malam, sistem NBC, dan sistem pengesan/pemadam api.