![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/53/M4_Sherman_tank_-_Flickr_-_Joost_J._Bakker_IJmuiden.jpg/640px-M4_Sherman_tank_-_Flickr_-_Joost_J._Bakker_IJmuiden.jpg&w=640&q=50)
Kereta kebal M4 Sherman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kereta kebal M4 Sherman, nama rasminya Kereta Kebal Serdahana, M4, merupakan kereta kebal paling banyak yang digunakan oleh pihak Amerika Syarikat dan beberapa negara Berikat Barat yang lain semasa Perang Dunia Kedua. Kereta kebal M4 Sherman terbukti boleh dipercayai, yang agak murah untuk dihasilkan dan terdapat dalam bilangan yang besar. Beribu-ribu telah diedarkan melalui program Pinjam-Sewa (Lend-Lease) kepada Komanwel British dan Kesatuan Soviet. Kereta kebal itu dinamakan oleh British sempena Jeneral Perang Saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman .
Rencana ini ialah terjemahan daripada bahasa lain. Terjemahan ini mungkin telah dihasilkan oleh komputer atau penterjemah tanpa kemahiran dalam bahasa lain. |
Kereta kebal sederhana M4 Sherman | |
---|---|
![]() Sebuah kereta kebal M4 (105) Sherman dengan trek tambahan dipetri dihadapannya sebagai perisai perlindungan tambahan, dikekalkan di Peringatan Kemerdekaan Langenberg di Ede, Netherlands | |
Jenis | Kereta kebal sederhana |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1942–1957 (United States) 1945–present (Other countries) |
Digunakan oleh | Amerika Syarikat, dan banyak yang lain-lain (lihat variasi asing dan penggunaannya) |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Jabatan Ordnance Tentera Amerika Syarikat |
Direka | 1940 |
Pengeluar | American Locomotive Company, Baldwin Locomotive Works, Detroit Tank Arsenal, Federal Machine and Welder Company, Fisher Tank Arsenal, Ford Motor Company, Lima Locomotive Works, Pacific Car and Foundry Company, Pressed Steel Car Company, Pullman-Standard Car Company |
Kos unit | $44,556-$64,455 in 1945 dollars, depending upon variant[1] |
Dihasilkan | September 1941 (prototype) February 1942–July 1945 |
Jumlah dibina | 49,234, excluding prototype[2] |
Spesifikasi | |
Berat | 66,800-84,000 paun (30.3-38.1 tan metrik)[3] depending upon variant |
Panjang | 19 kaki 2 in-20 kaki 7 in (5.84-6.27 m) bergantung pada nama variasi[3] |
Lebar | 8 kaki 7 in-9 kaki 10 in (2.62-2.99 m) bergantung pada nama variasi |
Tinggi | 9 kaki 0 in-9 kaki 9 in (2.74-2.97 m) bergantung pada nama variasi |
Krew | 5 (Komander, jurutembak, pemuat, pemandu, pembantu pemandu) |
Armor | 12.7 mm (0.5 in) minimum Up sehingga maksima 177.8 mm (7.0 in) bergantung pada nama variasi |
Senjata pertama | Meriam 75 mm M3 (90-104 peluru) or Meriam 76 mm M1A1, M1A1C, atau M1A2 (71 peluru) atau 105 mm howitzer M4 (66 peluru)[3] |
Senjata kedua | Mesingan .50 kaliber Browning M2HB (300-600 peluru), 2 mesingan ×.30 kaliber Browning M1919A4 (4,000-6,750 peluru) |
Enjin | M4 and M4A1 model:
Continental R975-C1 or -C4 9 cylinder radial gasoline engine, |
Transmisi | Dana Holding Corporation tranmisi sirat segerak, 5 gear hadapan dan 1 undur[4] |
Sistem ampaian | Vertical volute spring suspension (VVSS) or horizontal volute spring suspension (HVSS) |
Kapasiti minyak | 138-175 US gallons (522-662 litres) depending upon variant[3] |
Jarak operasi | 100-150 miles (161-241 km) on road depending upon variant[3] |
Kelajuan | 22–30 mph (35–48 km/j) on road, depending upon variant[3][5] |
M4 Sherman berkembang daripada Kereta Kebal Serdahana M3 Lee perantaraan,[N 1] yang memiliki senjata utamanya dalam sponson tenggekan sisi. M4 mengekalkan kebanyakan reka bentuk mekanikal sebelumnya, tetapi meletakkan meriam utama 75 mm pada turet yang mampu berputar sepenuhnya. Satu ciri, pengstabil giro (gyrostabilizer) paksi tunggal, tidak cukup tepat untuk membolehkan ia menembak ketika bergerak tetapi dapat membantu menjaga "reticle" pembidik pada sasaran, agar apabila kereta kebal itu berhenti untuk menembak, meriam itu telah disasarkan ke arah yang betul.[6] Arkiteknya menekankan kebolehpercayaan mekanikal, kemudahan pengeluaran dan penyelenggaraan, ketahanan, penyeragaman bahagian dan peluru dalam bilangan variasi yang terhad, dan saiz dan berat badan yang sederhana. Faktor-faktor ini, digabungkan dengan perisai dan persenjataan Sherman yang ketika itu unggul, menewaskan kereta kebal ringan dan sederhana Jerman yang digunapakai pada tahun 1939-1942. M4 seterusnya dihasilkan dalam bilangan yang besar. Ia menerajui banyak serangan oleh pihak Berikat Barat selepas tahun 1942.
Apabila kereta kebal M4 memasuki pertempuran di Afrika Utara bersama Tentera British di El Alamein pada musim luruh tahun 1942, ia meningkatkan kelebihan perisai pihak Berikat dan mengatasi perisai pihak Axis dan lebih baik berbanding reka bentuk kereta kebal ringan Jerman [7] dan Itali. Atas sebab ini, Tentera Darat Amerika Syarikat percaya bahawa kereta kebal M4 adalah mencukupi untuk memenangi perperangan, dan tiada tekanan telah buat bagi pembangunan lanjut kereta kebal. Kekangan logistik dan pengangkutan, seperti batasan yang dikenakan oleh jalan raya, pelabuhan, dan jambatan, turut merumitkan pengenalan kereta kebal yang lebih berkebolehan tetapi lebih berat.[8][N 2]
Batalion pemusnah kereta kebal menggunakan kenderaan yang dibina pada badan dan casis M4, tetapi dengan turet terbuka dan meriam halaju tinggi yang lebih berkesan, turut mula digunakan secara meluas dalam pasukan tentera Bersekutu. Malah menjelang 1944, sebahagian besar kereta kebal M4 Shermans mengekalkan senjata meriam 75 mm dua tujuan mereka.[9] Pada tahun 1944, M4 adalah lebih lemah berbanding kereta kebal berat Jerman yang bilangannya semakin meningkat, tetapi masih mampu untuk bertempur dengan sokongan bersama dari bilangan yang lebih besar dan dengan sokongan dari pesawat pejuang-pengebom dan bilangan meriam yang semakin meningkat.[10]
Penghasilan yang agak mudah membenarkan sejumlah besar kereta kebal M4 dihasilkan, dan pelaburan bagi mendapatkan kembali kereta kebal dan pembaikan kereta kebal membenarkan kenderaan yang dilumpuhkan diperbaiki dan kembali berkhidmat dengan pantas. Faktor-faktor ini bergabung bagi memberi pihak Berikat kelebihan bilangan dalam kebanyakan pertempuran, dan banyak division infantri telah dibekalkan dengan kereta kebal M4s dan pemusnah kereta kebal.[N 3][11]
Selepas Perang Dunia Kedua, kereta kebal Sherman, terutamanya banyak dari versi yang lebih baik dan dinaik taraf, terus digunakan dalam perkhidmatan pertempuran dalam banyak konflik di seluruh dunia, termasuk pasukan PBB dalam Perang Korea, dengan Israel dalam Perang Arab-Israel, secara singkat dengan Vietnam Selatan dalam Perang Vietnam, dan dalam kedua-dua pihak Perang Indo-Pakistan tahun 1965.[12]