Kereta kebal Arjun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arjun (Bahasa Sanskrit: अर्जुन) adalah sebuah kereta kebal utama yang dibangunkan oleh firma India iaitu DRDO (Defence Research and Development) untuk kegunaan Tentera Darat India. Ia dinamakan Arjuna, sempena nama dewa India dalam cerita epik 'Mahabharata'.
Arjun MBT | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | India |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 2007 - sekarang |
Digunakan oleh | Tentera Darat India |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | CVRDE, DRDO |
Direka | Mac 1974 - sekarang |
Pengeluar | Heavy Vehicles Factory, Avadi |
Kos unit | AS$3.4 juta (Rs 14 crore)[1] |
Dihasilkan | 2004 - sekarang |
Jumlah dibina | 60 |
Aneka | Tank EX |
Spesifikasi | |
Berat | 58.5 tan |
Panjang | 10.638 m |
Lebar | 3.864 m |
Tinggi | 2.32 m |
Krew | 4 (komander, penembak, pengisi peluru dan pemandu) |
Armor | Armor komposit Kanchan. |
Senjata pertama | Meriam berpilin 120 mm Peluru berpandu anti kereta kebal LAHAT Peluru HEAT, APFSDS dan HESH |
Senjata kedua | Mesingan anti pesawat HCB 12.7mm Mesingan sepaksi Mag 7.62mm Tk715 |
Enjin | Enjin diesel MTU 838 Ka 501 1400 hp (1040 kW) |
Kuasa/berat | 24 hp/tan |
Sistem ampaian | Hydropneumatic |
Kelegaan bumi | 0.45 m |
Kapasiti minyak | 1610 Liter |
Jarak operasi | 450 km |
Kereta kebal Arjun telah dibangunkan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidik Kenderaan Tempur (“Combat Vehicle Research and Development Establishment” bagi memenuhi keperluan oleh Tentera India.
Pada awal tahun 1970-an, berikutan dengan pengalaman dalam pengeluaran di bawah lesen bagi Sistem Pertahanan Vickers kereta kebal utama Mk 1 105mm (dikenali tempatan sebagai Vijayanta), keputusan diambil bagi mereka kereta kebal utama baru di India yang kemudiannya dikenali sebagai Arjun.
Ia direka oleh Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidik Kenderaan Tempur dengan bantuan banyak kemudahan lain di India termasuk juga sektor swasta di India dan seberang laut.
Prototaip pertama Arjun disiapkan pada tahun 1984 dan sejak itu sejumlah 12 prototaip telah disiapkan dan 32 kenderaan pre-keluaran telah di bina di Kilang Kenderaan Berat di Avadi di mana pengeluaran Vijayanta dan lebih terkini, Russian T-72M1 (dipanggil Ajeya) telah dilakukan.
Tatarajah Arjun adalah konventional dengan ruang pemandu disebelah hadapan kanan, turet ditengah dengan komander dan jurutembak di kanan turet dan pemuat disebelah kiri dengan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam kereta kebal 120mm berpilin distabilkan sepenuhnya dan menembak amunisi tunggal. Satu mesingan 7.62mm dipasang co-axial dengan persenjataan utama dan satu mesingan 12.7mm dipasang di bumbung turet untuk tujuan Myosri@2 MMmmpertahanan udara.
Peralatan piwaian termasuk sistem kawalan tembak, sistem pandang siang/malam, sistem NBC dan tong bahan api jarak jauh yang dipasang di bahagian belakang badan.