From Wikipedia, the free encyclopedia
George Kenneth Griffey Jr. (lahir 21 November 1969), digelar "Junior" dan "the Kid", ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang beraksi sebagai outfielder dan bermain selama 22 tahun di Major League Baseball (MLB). Beliau telah menghabiskan kebanyakan kariernya di Seattle Mariners dan Cincinnati Reds di samping memiliki tempoh seketika bersama pasukan Chicago White Sox. Sebagai anggota Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan dan pemain All-Star sebanyak 13 kali, Griffey merupakan salah seorang pemukul home run prolifik dalam sejarah besbol; 630 pukulan home run beliau telah diletakkan sebagai kedudukan ketujuh pukulan home run terbanyak dalam sejarah MLB. Griffey juga seorang pemain bertahan yang baik dengan meraih sepuluh Anugerah Sarung Tangan Emas di posisi center field. Beliau menyamai rekod pukulan home run dalam lapan perlawanan berturut-turut bersama pemain Don Mattingly dan Dale Long.[1]
Ken Griffey Jr. | |||
---|---|---|---|
Center fielder | |||
Dilahirkan: Donora, Pennsylvania, A.S. | 21 November 1969|||
| |||
MLB debut | |||
3 April, 1989, untuk Seattle Mariners | |||
Penampilan MLB terakhir | |||
31 Mei, 2010, untuk Seattle Mariners | |||
Statistik MLB | |||
Purata pukulan | .284 | ||
Pukulan | 2,781 | ||
Home run | 630 | ||
RBI | 1,836 | ||
Pasukan | |||
| |||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
Ahli National | |||
Baseball Hall of Fame | |||
Pelantikan | 2016 | ||
Undian | 99.3% (undian pertama) |
Griffey telah menandatangani perjanjian menguntungkan bersama syarikat terkemuka antarabangsa seperti Nike dan Nintendo. Populariti beliau melonjak baik di MLB dan dikreditkan oleh sesetengah pihak untuk memulihkan imejnya selepas mogok pemain 1994.[2][3] Griffey merupakan antara 31 orang pemain dalam sejarah besbol yang beraksi di perlawanan MLB pada empat dekad kalendar berbeza.[4]
Berikutan kariernya, Griffey kemudian menyertai pentadbiran Mariners dengan berperanan sebagai konsultan khas.[5] Beliau telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Mariners[6] dan Balai Kemahsyuran Reds.[7] Pada tahun 2016, beliau telah diundi ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan dengan menerima 99.32% daripada undian sekali gus memecah rekod pitcher Tom Seaver yang meraih 98.84% undian[8] dan ia sebagai rekod yang bertahan selama 24 tahun.[9]
Griffey merupakan anak kepada bekas pemain MLB, Ken Griffey Sr. dan bapa kepada bekas pemain bola sepak Amerika, Trey Griffey.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.