From Wikipedia, the free encyclopedia
Kempen Balkan 1529 telah dilancarkan oleh Suleiman al-Qanuni untuk menawan ibu kota Austria, Vienna dan oleh itu memberi serangan muktamad untuk menguatkan penguasaan beliau ke atas Hungary. Tindakan ini untuk memberi tindakan balas kepada serangan berani Ferdinand I ke atas Hungary Uthmaniyyah.
Kempen Balkan oleh Suleiman | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Habsburg-Uthmaniyyah | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Habsburg Austria Empayar Suci Rom Sepanyol Kerajaan Beraja Bohemia Negeri-negeri Paus Kerajaan Beraja Croatia (Habsburg) Kerajaan Beraja Hungary (Ferdinand) |
Empayar Uthmaniyyah Moldavia Kerajaan Beraja Hungary (John Szapolyai) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Ferdinand I |
Suleiman al-Qanuni John Szapolyai Peter IV Rareș | ||||||
Kekuatan | |||||||
Tidak diketahui | Lebih 120,000 tentera[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Ramai | Tidak diketahui |
Kemaraan Suleiman ke Vienna juga merupakan satu cubaan untuk membantu sekutu beliau, John Szapolyai yang menuntut takhta Hungary. Suleiman menghantar tentera yang berkuatan seramai 120,000 orang ke utara pada 10 Mei 1529. Kempen beliau membawa kejayaan pantas - pada bulan September 8 Buda menyerah diri kepada Uthmaniyah dan John Szapolyai dirajakan sebagai Raja Hungary. Suleiman kemudian berjaya menawan Gran, Tata, Komárom dan Raab[1] di mana kelebihan yang diperolehi oleh Ferdinand I sepanjang dua tahun sebelumnya terhapus. Pada 27 September, Suleiman tiba di Vienna.
Ketibaan pasukan tentera Sultan yang besar di Eropah Tengah menyebabkan kepanikan di seluruh Eropah - Martin Luther, yang percaya bahawa kehadiran Turki merupakan hukuman Tuhan ke atas dosa-dosa kaum Kristian[2] mengubah pandangan beliau dan menulis sebuah buku bertajuk Perang dengan Turki pada tahun 1529 mendesak bahawa "wabak dari Tuhan" mesti dtentang dengan penuh semangat. Bagaimanapun, apabila Sultan Suleiman mula mengepung Vienna ia membuktikan bahawa tindakan dan kesilapan memalukan pertama yang paling teruk yang beliau lakukan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.