From Wikipedia, the free encyclopedia
Kemimikan ialah keserupaan rupa satu spesies dengan spesies lain yang bertujuan melindungi salah satu atau kedua-dua spesies.[1]
Kemimikan terjadi apabila sekelompok hidupan yang dipanggil mimik, berevolusi untuk mengajuk ciri-ciri yang serupa dengan kelompok yang lain, iaitu model.[2] Evolusi ini dipacu oleh tindakan berpilih penerima isyarat, atau mangsa tipu.[3] For example, birds that use sight to identify palatable insects (the mimics), whilst avoiding the noxious models.
Keseluruhannya, situasi ini dikenali sebagai kompleks kemimikan.[3] Model biasanya merupakan spesies lain kecuali untuk automimik. Penerima isyarat biasanya berbentuk hidupan perantaraan lain seperti pemangsa yang mengejar kedua-dua spesies itu, ataupun model itu sendiri, seperti rama-rama yang menyerupai labah-labah pemangsanya.[4] Kemimikan sebagai sebentuk interaksi selalunya memberi kelebihan kepada si mimik serta memudaratkan penerima tindakan mimik itu, dan mengikut keadaan, juga boleh meningkatkan, mengurangkan atau tidak memberi kesan kepada ketegapan si model.
Penyamaran (camouflage), iaitu spesies menyerupai persekitaran, pada asasnya merupakan sebentuk kemimikan visual. Di antara penyamaran dan kemimikan ialah mimesis, yang mana si mimik mengajuk ciri-ciri pada benda atau hidupan tertentu, tetapi tidak diendahkan oleh penerima isyarat.[5] Kekaburan perbezaan antara fenomena kemimikan dan penyamaran itu boleh dilihat pada haiwan yang menyerupai ranting, kulit kayu, daun atau bunga, yang mana haiwan-haiwan ini dikelaskan sebagai penyamar (tumbuhan adalah "persekitarannya"), tetapi juga dikira sebagai mimik (tumbuhan juga hidupan).[6]p51 Crypsis ialah konsep am yang merangkumi segala cara mengelak dari dikesan, seperti memimik, menyamar, bersembunyi dsb.[7]
Selain kemimikan visual yang cukup ketara kepada manusia, namun juga terlibatnya deria-deria lain seperti pembauan atau pendengaran, lebih-lebih lagi keluarnya juga lebih daripada satu isyarat.[6] Kemimikan melibatkan morfologi, kelakuan, dan lain-lain sifat. Selalunya, isyarat ini berfungsi memperdaya penerimanya dengan mengelakkannya dari mengenal pasti mimiknya. Dari segi evolusi, fenomena ini adalah sebentuk evolusi bersama yang biasanya melibatkan perlumbaan senjata evolusi.[7]p161 Jangan dikelirukannya dengan evolusi tumpu yang berlaku apabila spesies-spesies menyerupai satu sama lain secara bebas dengan menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang serupa.
Spesies mimik boleh menggunakan model berbeza mengikut peringkatnya dalam kitaran hidup, atau menjadi polimorf, iaitu individu berbeza sespesies meniru model berbeza. Begitu juga, model itu boleh ada lebih daripada satu mimiknya, namun pemilihan bersandarkan kekerapan lebih menyebelahi keadaan yang mana model melebihi mimik. Model biasanya merupakan hidupan yang agak rapat persaudaraan dengan mimiknya,[8] tetapi boleh jadi juga mimik kepada model yang jauh berlainan spesiesnya. Kebanyakan mimik yang diketahui adalah serangga,[6] selebihnya termasuk mamalia dan haiwan-haiwan lain. Tumbuhan dan kulat juga boleh menjadi mimik, itupun tidak cukup diberi perhatian dalam penyelidikan.[9][10][11]
Terdapat pelbagai jenis kemimikan yang dikelaskan mengikut fungsi yang dimanfaatkan oleh si mimik (seperti menyelamatkan diri), tetapi parameter lain juga diterima, oleh itu perlunya pengelasan berbilang dimensi untuk memahami gambaran sepenuhnya. Oleh yang demikian, ada yang tergolong dalam lebih daripada satu kelas, cth. automimik dan kemimikan agresif tidak saling eksklusif, kerana satu menerangkan hubungan spesies antara model dan mimik, manakala yang satu lagi menerangkan fungsi pemimikannya (mencari makanan).
Kemimikan pertahanan atau perlindungan dimanfaatkan oleh hidupan untuk mengelakkan pertembungan yang membahayakan nyawanya, dengan memperdaya musuhnya agar melayannya seperti benda lain. Terdapat empat jenis kemimikan pertahanan yang dikenalpasti, iaitu:
Dalam kemimikan Bates, si mimik berkongsi isyarat yang serupa dengan model, tetapi tidak memiliki sifat yang membolehkannya dijauhi oleh pemangsa ("tidak sedap"). Dalam erti kata lain, mimik jenis ini ibarat kambing memakai kulit harimau. Kemimikan Bates dinamakan sempena Henry Walter Bates, seorang ahli alamiah Inggeris yang mempelopori bidang ini dengan mengkaji kupu-kupu di hutan hujan Amazon.[13][14] Si mimik paling sukar ditemui apabila kurang kerap ditemui berbanding modelnya, iaitu fenomena yang bergelar pemilihan bersandarkan kekerapan negatif yang digunakan dalam bentuk-bentuk kemimikan yang lain kecuali kemimikan Müller yang diterangkan nanti. Contoh:
Kemimikan Müller adalah dua atau lebih spesies yang memiliki isyarat amaran atau aposematik yang amat serupa, serta berkongsi sifat-sifat anti-pemangsa yang sebenar (cth. menjadi tidak sedap). Pada mulanya, Bates tidak dapat menjelaskan mengapa terjadinya begini; jika kedua-duanya berbahaya, mengapa satu perlu memimik yang satu lagi? Seorang ahli alamiah dari Jerman, Fritz Müller mengemukakan penjelasan pertamanya mengenai fenomena ini: Jika kedua-duanya sukar dibezakan oleh seekor pemangsa bersama, maka individu dalam kedua-dua spesies lebih berpeluang untuk terselamat.[18][19] Jenis kemimikan ini adalah unik kerana si mimik dan si model saling mendapat manfaat dari interaksi ini. Penerima isyarat juga mendapat manfaat dari sistem ini, iaitu mengelakkan pertembungan yang berbahaya meskipin terpedaya oleh identiti spesies. Identiti mimik dan model yang lazimnya jelas turut menjadi kabur. Adakalanya apabila satu spesies lebih jarang berbanding spesies yang lain, spesies jarang itu boleh dikatakan sebagai mimik. Apabila kedua-dua spesies agak sama-rata bilangannya pula, boleh dikatakan kedua-duanya menjadi mimik bersama dan bukan spesies 'mimik' dan 'model' yang berbeza, kerana kedua-duanya mengeluarkan isyarat amaran yang bertumpu kepada satu makna yang sama.[20]
Contoh:
Kemimikan Emsley[5] atau Mertens menerangkan hidupan berbahaya memimik spesies yang tidak berbahaya. Kemimikan ini mula-mulanya diusulkan oleh Emsley[23] sebagai jawapan yang berkemungkinan kepada masalah kemimikan Coral Snake di benua Amerika, kemudian diterangkan secara lebih terperinci oleh ahli biologi Jerman, Wolfgang Wickler[6] yang menamakannya sempena pakar herpetologi Jerman, Robert Mertens.[24]
Senario sebegini agak sukar difahami, kerana bagi jenis kemimikan lain, selalunya spesies yang paling berbahaya menjadi model, tetapi jika pemangsa mati, ia tidak boleh belajar mengenali isyarat amaran, cth. corak warna terang-terangan. Dalam erti kata lain, tiada manfaatnya sifat aposematik bagi hidupan yang boleh membunuh mana-mana pemangsa yang berjaya diracuninya; haiwan sebegini lebih baik menyamar sahaja untuk mengelak dari diserang. Namun demikian, jika wujudnya spesies lain yang berbahaya tetapi bukan membunuh serta aposematik, pemangsa akan belajar mengenali warna-warna amaran tertentu dan menghindari haiwan-haiwan sebegitu. Oleh itu, beruntunglah spesies berbahaya yang memimik hidupan aposematik yang kurang berbahaya itu, jika ini menyebabkan kurangnya serangan terhadap haiwan yang melakukan penyamaran. Contoh:
Automimik atau kemimikan intraspesies berlaku dalam spesies yang sama, seperti satu anggota tubuh hidupan serupa dengan satu anggota lain. Contohnya, ular yang ekornya menyerupai kepala dan menunjukkan kelakuan seperti bergerak mengundur untuk mengelirukan pemangsa, atau serangga dan ikan yang berbintik mata di belakang tubuhnya agar menyerupai kepala. Apabila si jantan memimik si betina atau sebaliknya, ini dipanggil kemimikan seks.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.