![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f8/%25D0%2594%25D0%25BC%25D0%25B8%25D1%2582%25D1%2580%25D0%25B8%25D0%25B9_%25D0%259C%25D0%25B5%25D0%25B4%25D0%25B2%25D0%25B5%25D0%25B4%25D0%25B5%25D0%25B2_%25D0%25BD%25D0%25B0_%25D0%25BC%25D0%25B5%25D1%2581%25D1%2582%25D0%25B5_%25D0%25BA%25D1%2580%25D1%2583%25D1%2588%25D0%25B5%25D0%25BD%25D0%25B8%25D1%258F_%25D0%25AF%25D0%25BA-42%25D0%2594.jpeg/640px-%25D0%2594%25D0%25BC%25D0%25B8%25D1%2582%25D1%2580%25D0%25B8%25D0%25B9_%25D0%259C%25D0%25B5%25D0%25B4%25D0%25B2%25D0%25B5%25D0%25B4%25D0%25B5%25D0%25B2_%25D0%25BD%25D0%25B0_%25D0%25BC%25D0%25B5%25D1%2581%25D1%2582%25D0%25B5_%25D0%25BA%25D1%2580%25D1%2583%25D1%2588%25D0%25B5%25D0%25BD%25D0%25B8%25D1%258F_%25D0%25AF%25D0%25BA-42%25D0%2594.jpeg&w=640&q=50)
Kemalangan pesawat Lokomotiv Yaroslavl 2011
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nahas pesawat Lokomotiv Yaroslavl 2011 berlaku pada 7 September 2011, pada 16:02 waktu tempatan, apabila Yak-Service Yakovlev Yak-42 membawa 42 penumpang pasukan hoki ais profesional dan kakitangan kejurulatihan Lokomotiv Yaroslavl Kontinental Hockey League (KHL), terhempas semasa berlepas berhampiran Yaroslavl, Rusia. Pasukan itu dalam perjalanan ke Minsk, Belarus untuk memulakan musim KHL 2011-12.
![]() Presiden Medvedev meletakkan bunga di hadapan tinggalan ekor pesawat Yak-42 | |
Pesawat terbelok kanan dan terlanggar menara | |
---|---|
Tarikh | 7 September 2011 (2011-09-07) |
Ringkasan | Dalam siasatan |
Tapak kejadian | 57°33′07″N 40°07′16″E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Yakovlev Yak-42D |
Pengendali | Yak-Service |
Kod pendaftaran | RA-42434 |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Tunoshna, Wilayah Yaroslavl, Rusia |
Destinasi | Lapangan Terbang Minsk-1, Minsk, Belarus |
Penumpang | 37[1] |
Anak kapal | 8[1] |
Kematian | 43[2] |
Terselamat | 2[1][2] |
Pesawat itu terbakar dan terhempas sejurus selepas berlepas kira-kira 2.5 km (1.6 batu) dari Lapangan Terbang Tunoshna. 43 daripada 45 penumpang dan anak kapal yang berada di atas kapal disahkan mati.[3]
Pemain di atas kapal itu dari Rusia, Belarus, Latvia, Jerman, Republik Czech, Slovakia, Ukraine dan Sweden. Dua orang yang terselemat, Alexander Galimov dan Alexander Sizov melecur teruk.