Kemalangan pesawat Elmina
kemalangan pesawat 2023 di Elmina, Shah Alam, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 17 Ogos 2023, sebuah pesawat Beechcraft Model 390 terhempas berhampiran perbandaran Elmina di Shah Alam, Selangor, Malaysia, menyebabkan 10 orang terkorban dalam kejadian itu. Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di mana pesawat itu terhempas dua minit sebelum mendarat.[1][2]
Fakta Segera Tarikh, Ringkasan ...
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 17 Ogos 2023 (2023-08-17) |
Ringkasan | Terhempas semasa pendaratan; dalam siasatan |
Tapak kejadian | Elmina, Shah Alam, Selangor, Malaysia 3°10′58.61″N 101°31′0.259″E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Beechcraft Model 390 (Premier I) |
Pengendali | Jet Valet |
Kod pendaftaran | N28JV |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Malaysia |
Destinasi | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Malaysia |
Penghuni | 8 |
Penumpang | 6 |
Anak kapal | 2 |
Kematian | 8 |
Terselamat | 0 |
Di darat | |
Kematian di darat | 2 |
Tutup