Kemalangan Tu-154 Tentera Udara Poland 2010
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kemalangan Tu-154 Tentera Udara Poland 2010 berlaku pada 10 April 2010, apabila sebuah pesawat Tupolev Tu-154M Tentera Udara Poland terhempas berhampiran Smolensk, Rusia, menyebabkan kesemua 96 penumpang dan kakitangannya terkorban, termasuk Presiden Poland Lech Kaczyński dan isterinya Maria Kaczyńska; Ketua Pegawai Turus Tentera Poland, Franciszek Gągor, dan para pegawai tentera yang lain; Presiden Bank Negara Poland, Sławomir Skrzypek; Timbalan Menteri Luar Negeri; para pegawai kerajaan, naib-naib speaker dan ahli-ahli parlimen; dan para paderi kanan.[5] Mereka semua dalam perjalanan dari Warsaw untuk menghadiri upacara peringatan ulang tahun ke-70 peristiwa pembunuhan beramai-ramai Katyn,[6] yang diadakan kira-kira 19 kilometer (12 batu) di barat Smolensk.
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 10 April 2010[1] |
Ringkasan | Dalam siasatan[1] |
Tapak kejadian | 200 m (656.2 ka) dari landasan Lapangan Terbang Utara Smolensk[2] 54°49′26.02″N 32°3′4.54″E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Tupolev Tu-154M |
Pengendali | Rejimen Penerbangan Khas ke-36, Tentera Udara Poland |
Kod pendaftaran | 101 |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Frédéric Chopin, Warsaw, Poland |
Destinasi | Lapangan Terbang Utara Smolensk Smolensk, Rusia |
Penumpang | 89 |
Anak kapal | 7 |
Kematian | 96 (semua)[3][4] |
Terselamat | 0 |
Punca hempasan masih disiasat. Mengikut laporan awaa, juruterbang cuba mendarat di Lapangan Terbang Utara Smolensk, sebuah bekas pangkalan udara tentera, dalam keadaan kabus tebal,[7] tanpa menghiraukan pesanan kawalan darat agar beralih ke lapangan terbang yang lebih selamat di Minsk atau Moscow.
Pada tuju akhirnya, pesawat berkenaan terlalu rendah dan terlanggar[8] pokok-pokok dalam kabus, berputar di udara dan terhempas ke tanah sehingga hancur berkecai, dan akhirnya berhenti kira-kira 200 meter (656.2 ka) dari padang terbang.[5][9][10]
Pada 30 Julai 2011, Menteri Pertahanan Poland, Bogdan Klich meletak jawatan selepas dikecam hebat berhubung kematian Presiden Poland, Lech Kaczynski.Laporan mendakwa krew kapal terbang yang membawa Kaczynski tidak terlatih dan tidak mempunyai sebarang persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Beberapa kesilapan dilakukan ketika menghampiri Lapangan Terbang Smolensk, Rusia dalam keadaan berkabus pada bulan April 2010. [11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.