Keletihan akibat pandemik
fenomena psikologi From Wikipedia, the free encyclopedia
Keletihan akibat pandemik atau pandemic fatigue (COVID fatigue) ialah satu keadaan di mana seseorang letih akan ketidakpastian bila berakhirnya pandemik sehingga mulai tidak mematuhi protokol kesihatan untuk pencegahan penyebaran koronavirus.[1] Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keletihan akan pandemik COVID-19 ialah hal yang wajar. Bekerja dari rumah, belajar dari rumah dan tidak berkumpul dengan keluarga atau rakan untuk waktu yang lama kerana pandemik ialah perkara yang merumitkan. WHO mengatakan semua orang harus bertahan dan tetap mematuhi protokol kesihatan sehingga vaksin atau rawatan berkesan ditemui untuk virus COVID-19.[2]
Gejala
Ketidakpatuhan terhadap protokol kesihatan kerana keletihan akibat pandemik ditunjukkan dengan perilaku-perilaku seperti tidak memakai pelitup, mengabaikan penjarakkan minimal satu meter dan tidak rajin mencuci tangan.skfafnfnanfanfna
Pencegahan
Keletihan akibat pandemik dapat diatasi dengan sentiasa mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan iaitu 3M (memakai pelitup, menjaga jarak selamat minima satu meter dan mencuci tangan dengan sabun di air yang mengalir).[3] Selain itu disarankan untuk menghindari keraian, membatalkan pertemuan atau perayaan dengan keluarga atau hubungkait lain. COVID-19 ialah penyakit berasaskan komuniti. Semakin banyak keraian maka penyebarannya semakin pantas. Untuk itu, disarankan untuk bekerja, belajar dan beribadah dirumah sahaja. Selain itu, penting menjaga kesihatan mental dan psikologi untuk tetap bertahan sehingga vaksin atau rawatan berkesan lain ditemui dan pandemik berakhir.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.