Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2008
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2008 adalah kelayakan untuk persaingan bola sepak Kejohanan Remaja B-16 AFC 2008. Perlawanan telah berlangsung dari 1 Oktober hingga 7 November, 2007. Kejohanan Remaja B-16 AFC dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia.
Cabutan untuk peringkat kelayakan telah dibuat pada 22 Disember 2006 di Kuala Lumpur, tujuh kumpulan dengan enam pasukan dan satu kumpulan dengan tiga pasukan telah dibuat. Walau bagaimanapun Afghanistan, Filipina, Timor-Leste, Maldives dan Myanmar menarik diri sebelum bermulanya kelayakan.
Pada 18 Februari 2008, Jawatankuasa Tatatertib AFC mengusir lapan pasukan kerana meletakkan pemain melebihi umur, termasuk Korea Utara, Tajikistan dan Iraq, yang asalnya layak ke Kejohanan AFC U-16 2008.[1]
Pemenang dan naib juara daripada Kumpulan A hingga G berserta dengan pemenang Kumpulan tiga pasukan H layak ke kejohanan pusingan akhir. Tuan rumah belum dikenal pasti juga layak secara automatik ke pusingan akhir.