Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020 merupakan edisi ke-19 Kejohanan Remaja B-16 AFC yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) untuk pasukan kebangsaan bawah 16 negara Asia. Ia akan mengambil tempat di Bahrain, yang dilantik sebagai tuan rumah oleh AFC pada 17 September 2019,[2] Pada asalnya ianya dijadualkan antara 16 September dan 3 Oktober 2020, dan kemudian dijadualkan semula antara 25 November dan 12 Disember 2020,[3] tetapi AFC mengumumkan pada 10 September 2020 bahawa kejohanan itu akan ditunda ke awal 2021 kerana pandemik COVID-19.[4]
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | Bahrain |
Tarikh | Dibatalkan [1] |
Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 3 (di 3 bandar) |
ā 2018 2023 ā |
AFC telah mengumumkan pembatalan kejohanan pada 25 Januari 2021, dan menyerahkan hak tuan rumah untuk Piala Asia B-17 AFC 2023 kepada Bahrain.[5]
Pada asalnya, empat pasukan teratas kejohanan akan layak ke Piala Dunia B-17 FIFA 2021 di Peru sebagai wakil AFC. Oleh kerana pandemik COVID-19 yang masih lagi berterusan, Piala Dunia B-17 2021 juga dibatalkan, dengan hak sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA B-17 FIFA 2023 masih lagi diberikan kepada Peru.[6]
Edisi ini dijangkakan menjadi yang terakhir dimainkan sebagai kejohanan bawah 16 tahun, kerana AFC telah mencadangkan untuk menukar kejohanan dari bawah 16 tahun ke bawah 17 tahun mulai 2023.[7]
Jepun adalah juara bertahan.