Kejatuhan Babylonia merupakan peristiwa besar yang menandakan kekalahan sepenuhnya Empayar Babylon Baru ke tangan Empayar Parsi Hakhamaniyah pada tahun 539 SM.
Kejatuhan Babylonia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada penaklukan Parsi ke atas Babylonia | |||||||||
Cyrus Agung mengalahkan tentera Babylonia oleh John Martin (1831) | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Empayar Hakhamaniyah | Empayar Babylon Baru | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Cyrus Agung Gobryas |
Nabonidus Belsyazar ? | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Tidak diketahui | Tidak diketahui |
Nabonidus, raja Babilonia terakhir dan anak kepada pendeta Assyria, Adad-guppi,[4] naik takhta pada tahun 556 SM, selepas menggulingkan pendahulunya Labashi-Marduk. Untuk tempoh yang lama, baginda mengamanahkan tampuk pemerintahan kepada putera baginda Belsyazar, seorang askar yang berkebolehan tetapi seorang ahli politik yang lemah. Akibatnya, baginda kurang popular dalam kalangan rakyat, terutamanya golongan pendeta dan tentera.[5] Di sebelah timur, Parsi telah menjad isemakin kuat di bawah pimpinan Cyrus Agung, yang tidak lama lagi akan mengetuai kempen tentera ke Babylonia. Pada Oktober 539 SM, selepas Pertempuran Opis, tentera Parsi memasuki ibu kota Babylon. Dengan kejayaan kempen Cyrus, Babylonia diilhakkan ke dalam kerajaan Parsi sebagai satu wilayah satrap. Menurut Silinder Cyrus, Cyrus berikrar untuk menghormati orang Babylon dan juga membenarkan orang yang dipenjarakan pulang ke tanah air mereka, terutamanya termasuk tawanan orang Babylon dari Yehuda. Akibatnya, baginda dilihat sebagai pengganti sah raja-raja Babylonia purba, dan tidak seperti Nabonidus menjadi tokoh yang popular di Babylon.[6]
Nota kaki
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.