From Wikipedia, the free encyclopedia
Keiji Inafune (稲船 敬二 , Inafune Keiji, lahir 8 Mei 1965) ialah seorang pembuat dan pengarah permainan video Jepun, penyelia animasi dan usahawan. Pada tahun 2009, namanya masuk dalam peringkat IGN sebagai salah satu daripada senarai 100 pencipta permainan video paling berpengaruh sepanjang zaman.
Keiji Inafune | |
---|---|
稲船 敬二 | |
Kelahiran | Kishiwada, Osaka, Japan | 8 Mei 1965
Pusat pendidikan | Kolej Reka Osaka |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1987–sehingga kini |
Majikan | Capcom (1987–2010) Level-5 Comcept (2010–sehingga kini) |
Karya | Mega Man Onimusha Dead Rising |
Keiji memulakan kerjayanya dengan bekerja sebagai pekerja untuk Capcom pada akhir dekad 1980-an. Tugasnya di syarikat itu ialah mereka watak dalam permainan video. Dua siri pertama yang dia kerjakan ialah Street Fighter dan Mega Man yang terbit pada tahun 1987. Keiji ditunjuk sebagai seorang artis reka bagi siri Mega Man semasa kejayaan platform NES dan Super NES.[1] Untuk tajuk Mega Man X, dia mencipta watak Zero.[2]
Inafune mendapat kelayakan pangkat menjadi penerbit pada tahun 1996 dan tajuk pertama dalam pengawasannya ialah Mega Man 8. Selain menjadi penerbit untuk Mega Man X4, tiga permainan Mega Man Legends, siri Mega Man Zero, Mega Man Battle Network dan siri Mega Man Star Force,? Mega Man ZX dan Advent, Inafune ialah penerbit kepada Lost Planet, Dead Rising dan tiga tajuk Onimusha. Pada tahun 2006, beliau mendapat kelayakan pangkat sebagai Pegawai Kanan Korporat Penyelidikan & Pembangunan. Pada tahun 2010, beliau rasmi menjadi Ketua Pengeluaran Global di Capcom.[3]
Dia meninggalkan Capcom pada akhir 2010 dan mengasaskan sendiri syarikatnya permainan video yang bernama Comcept dan Intercept. Beliau juga menjadi Pengarah Wakil untuk DiNG, sebuah studio permainan mudah alih.[4] Syarikat Intercept bekerja membina permainan Kaio: King of Pirates yang diisytiharkannya pada 2011 tetapi batal terbit pada tahun 2015. Semasa di Comcept, Inafune menerbitkan beberapa tajuk permainan seperti Mighty No. 9 dan Soul Sacrifice. Tajuk termahal Comcept yaitu Red Ash: The Indelible Legend batal untuk terbit.[5] Pada 2017, Comcept yang hampir muflis dibeli oleh perusahaan lain dan menjadi anak syarikat Level-5dengan Level-5 Comcept.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.